Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Harap Pelaku Dapat Ditangkap Secepat Mungkin & Didakwa – Faisal
Pemain sayap sensasi Harimau Malaya, Faisal Halim meluahkan agar pelaku yang menyimbah asid terhadapnya dapat ditangkap secepat mungkin.
Dia berkata demikian sewaktu sidang media khas pertama kali selepas insiden itu berlaku.
“Saya juga berharap si pelaku (suspek simbah asid) akan dapat ditangkap secepat mungkin dan didakwa di Mahkamah,” katanya.
Tambah Faisal, dia sudah tidak sabar untuk kembali semula dalam kelab Selangor FC dan Harimau Malaya, namun dia terpaksa memberi ruang kepada badannya untuk kembali pulih sepenuhnya.

“Sejujurnya, saya memang amat merindukan bola sepak baik berlatih mahupun bermain, bukan mudah untuk saya terlantar di rumah, dengan sekadar menonton pasukan Selangor dan Malaysia bermain melalui televisyen.
“Masih terdapat proses pemulihan yang terpaksa saya jalani sebelum doktor mengesahkan yang saya boleh kembali turun ke padang.
“Sudah lama tidak bermain, pasti banyak perkara yang saya harus lakukan seperti kena kuatkan semula otot-otot dan pergerakan saya,” ujarnya dalam sidang media itu.
Katanya lagi, dia akan berusaha untuk memberikan komitmen sepenuhnya untuk mendapatkan peluang kembali bermain seperti sedia kala.
Sehubungan itu, Faisal berharap agar orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kes yang masih dalam siasatan pihak polis.
Pemain berusia 26 tahun itu turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dan mendoakan kesihatan dirinya.
Terdahulu Faisal Halim dilaporkan telah disimbah asid dalam satu kejadian di Kompleks membeli-belah di Damansara pada 5 Mei lalu.
Sumber: Astro Arena