Rakyat Malaysia sudah pastinya ‘familiar‘ dengan cukai-cukai yang terdapat di negara ini. Antara cukai yang sering ‘disebut-sebut’ sudah tentulah seperti cukai jalan yang lebih popular disebut ‘road tax’.
Manakan tidak, setiap kali masuk tahun baru, mereka yang memiliki kenderaan seperti kereta perlu perbaharui cukai jalan mereka. Selain cukai jalan, ada juga cuka pintu, cukai tanah dan sebagainya.
Namun korang pernah dengar tak istilah ‘pink tax‘? Menerusi akaun Twitter milik Fezza Hussin, beliau kongsikan mengenai ‘pink tax‘. Menariknya, cukai ini adalah khas hanya untuk barang-barang perempuan sahaja.
Untuk lebih faham dan terperinci korang boleh baca perkongsian beliau yang kami kongsikan di bawah.
Ini fakta tentang ‘Pink Tax’
Korang pernah dengar pasal pink tax tak?
Barang yang sama tapi untuk barang perempuan lebih mahal dari lelaki. Contohnya, shaver pink lagi mahal dari shaver biru.
Yup, nilah pink tax. Korang rasa kat Malaysia ada tak?
Pink tax ni bukanlah another tax tapi gender-based price discrimination, perempuan kena bayar lebih untuk produk/servis yang sama berbanding lelaki.
Menurut satu kajian pada tahun 2015,
On everage, produk utk perempuan akan mahal lebih 7% berbanding produk untuk lelaki.
Pakaian untuk perempuan akan mahal 4% berbanding pakaian lelaki.
Produk personal care untuk perempuan akan mahal lebih 13% berbanding produk yang sama utk lelaki.
On everage, pink tax ini akibatkan perempuan berbelanja lebih RM5593 setahun berbanding orang lelaki. Banyak gila weh, macam-macam boleh buat dengan duit sebanyak itu.
Kalau korang perasan pun, banyak product yang warna pink pun akan lebih mahal dari yg warna lain. Korang pernah perasan tak pink tax kat Malaysia ni?
Sumber: Twitter Fezza Hussin