Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
bilik sewa di kuala lumpur
Kredit: Bernama
Harga Bilik Sewa Di Kuala Lumpur Antara Terendah Bagi Bandar Utama Di Dunia

Azizah Najib

Harga Bilik Sewa Di Kuala Lumpur Antara Terendah Bagi Bandar Utama Di Dunia

Isu bilik sewa di kebanyakan bandar utama dunia sering dikaitkan dengan kos sara hidup dan kepadatan penduduk. Bandar berstatus ibu kota atau pusat ekonomi lazimnya mencatat kadar sewaan lebih tinggi susulan permintaan kediaman yang memberangsangkan.

Perbezaan ketara dapat dilihat antara bandar serantau dan global, khususnya apabila dibandingkan dari segi kemampuan penduduk setempat.

Dalam konteks Kuala Lumpur, sebuah kajian baru-baru ini mendedahkan beberapa faktor utama yang mempengaruhi harga sewa bilik. Jarak antara kediaman dengan KLCC dan bilangan petak parkir yang disediakan menjadi faktor utama penetapan kadar sewa bilik.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Deutsche Bank, Kuala Lumpur berada di tangga ke-62 daripada 69 bandar utama dunia dalam senarai harga bilik sewa, dengan tangga ke-69 merupakan bandar dengan harga sewa bilik paling murah.

Harga sewaan bilik di ibu negara direkodkan sekitar USD1,090 (RM4365.99).

Kajian berkenaan hanya melibatkan sewaan kediaman jenis apartmen tiga bilik tidur. Data diperoleh daripada sumber awam berasaskan maklumat kos sara hidup yang dihantar oleh pengguna di bandar-bandar seluruh dunia dalam tahun 2025.

Bandar dengan bilik sewa paling mahal di dunia

Berdasarkan data yang dikeluarkan, New York berada di tangga teratas dengan harga sewa USD8,388 (RM33,598.13) diikuti Singapura dengan harga sewa USD6,216 (RM24,898.19).

Tangga ketiga diduduki bandar Boston dengan harga sewa setinggi USD6,091 (RM24,397.50).

Kota London berada di tangga keempat dengan harga sewa USD5,560 (RM22,270.58) dan San Francisco di tangga kelima dengan harga sewa USD5,424 (RM21725.83).

Mewakili Asia Tengah, Dubai menduduki tangga ke-10 dengan harga sewa USD4,589 (RM18,381.24).

Lebih mengejutkan, harga sewa di Jakarta didapati lebih tinggi berbanding Kuala Lumpur. Berada di tangga ke-60, warga Jakarta membelanjakan sekitar USD1,179 (RM4,722.48), iaitu lebih RM356.49 berbanding kadar sewa di Kuala Lumpur.

Bandar dengan bilik sewa paling murah di dunia

Kaherah tersenarai sebagai bandar yang menawarkan bilik sewa pada harga terendah di dunia dengan jumlah sekitar USD412 (RM1,650.27), diikuti Delhi di tangga ke-68 dengan harga sewa sekitar USD588 (RM2355.23).

Dalam konteks tempatan, kos sewaan bilik yang lebih rendah di Kuala Lumpur dilihat seiring dengan purata gaji bulanan di Malaysia sekitar RM5,367.37, berdasarkan set data kajian yang sama oleh Deutsche Bank.