Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Harga minyak dunia kembali melonjak melebihi $80 setong manakala pasaran saham merosot pada hari Rabu, selepas Presiden AS Donald Trump menyatakan bahawa gencatan senjata Washington dengan Iran berakhir susulan serangan terbaharu di Timur Tengah, lapor AFP.
Siri pertempuran terbaharu ini tercetus akibat serangan Iran ke atas kapal-kapal di Selat Hormuz, yang merupakan laluan perkapalan penting di mana satu perlima daripada bekalan minyak dan gas asli cecair dunia melalui kawasan tersebut sebelum perang meletus.
Trump menyatakan di sidang kemuncak NATO di Turki bahawa gencatan senjata itu telah "berakhir," walaupun beliau masih membuka ruang untuk rundingan lanjut.
Susulan itu, pasaran minyak kembali menyaksikan harga minyak melonjak semula selepas mengalami sedikit penurunan dalam beberapa hari kebelakangan ini.
"Minyak mentah Brent Laut Utara yang menjadi penanda aras antarabangsa melonjak 8 peratus kepada $80.12 setong sekitar jam 1520 GMT, sebelum kembali menyusut sedikit.
Sementara itu, kontrak minyak AS, West Texas Intermediate (WTI), meningkat 4.4 peratus kepada $73.52 setong.
Prospek sekatan baharu di Selat Hormuz menyebabkan skrin dagangan saham di seluruh dunia bertukar merah (merosot).
"Jangkaan penyambungan semula perang antara AS dan Iran, atau sekurang-kurangnya sekatan baharu terhadap Iran, telah mencetuskan gelombang jualan di pasaran Eropah yang sangat terdedah kepada kos tenaga yang lebih tinggi," kata Chris Beauchamp, ketua penganalisis pasaran di platform dagangan dan pelaburan dalam talian, IG.
.Terdahulu, Amerika Syarikat telah melancarkan serangan besar-besaran ke atas Iran minggu ini susulan serangan ke atas kapal-kapal di selat tersebut.
Ia sekali gus mencetuskan gelombang serangan balas terhadap pangkalan Amerika di Teluk.
Washington juga telah menarik balik pengecualian sekatan sementara untuk minyak Iran.