Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Harga Minyak Naik 8 Peratus Selepas Trump Umum Sekatan Di Selat Hormuz

Harga Minyak Naik
Kredit; Bernama

Harga Minyak Naik 8 Peratus Selepas Trump Umum Sekatan Di Selat Hormuz

Harga minyak global sekali lagi naik melepasi $100 setong, melonjak lapan peratus selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan sekatan di Selat Hormuz.

Difahamkan, minyak mentah Brent melepasi paras US$102 setong, manakala minyak mentah AS pula meningkat lapan peratus kepada $104 setong, lapor CNN News.

Susulan itu, niaga hadapan Dow jatuh 1.04 peratus, atau 502 mata. Niaga hadapan S&P 500 turun 1 peratus, dan niaga hadapan Nasdaq merosot 1.15 peratus.

"Kami tidak akan membiarkan Iran menjana wang dengan menjual minyak kepada orang yang mereka suka dan bukan kepada orang yang mereka tidak suka, atau apa sahaja alasannya. Ia mestilah semua atau tiada langsung,” kata Trump dalam rancangan Fox News.

Sebelum ini, harga minyak turun lebih rendah berbanding paras tertinggi baru-baru ini yang dicapai minggu lalu selepas kedua-dua negara itu bersetuju untuk mengadakan perbincangan gencatan senjata.

Bagaimanapun, kegagalan untuk mencapai perjanjian gencatan senjata yang berkekalan, kini harga harga minyak minyak kembali meningkat.

Semalam, Trump mengumumkan bahawa AS akan memulakan sekatan ke atas semua kapal yang cuba masuk dan keluar dari Selat Hormuz.

Beliau juga mengarahkan Tentera Laut AS menjejaki dan memintas semua kapal yang membayar kepada Iran untuk melalui selat itu

Markas Pusat AS berikrar untuk memulakan sekatan terhadap semua trafik maritim yang masuk dan keluar dari pelabuhan Iran pada hari ini.


Sumber:CNN