Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Harga Minyak RON97 Turun 10 Sen, RON95 & Diesel Kekal

ron97 turun 10 sen
Gambar Via Bernama

Kementerian Kewangan (MOF) sebentar tadi memaklumkan harga runcit bagi produk Petroleum bagi tempoh 28 Julai 2022 hingga 3 ogos 2022.

Menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Twitter rasmi milik MOF sebentar tadi, hanya minyak petrol RON97 sahaja yang mengalami penurunan harga sebanyak 10 sen menjadikan harga bagi setiap satu liter adalah RM 4.55.

Manakala, harga minyak RON 95 dan Diesel pula tidak mengalami perubahan dan masih mengekalkan penjualan dengan harga sama iaitu RM 2.05/liter bagi RON 95 dan RM 2.15/liter untuk minyak Diesel.

Sumber: MOF