Harga Petrol Selitar Bagi Negara ASEAN
Dunia hari ini berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi yang semakin mencabar.
Sejak tercetusnya ketegangan geopolitik di Asia Barat pada 28 Februari 2026 melibatkan konflik antara Iran dan AS-Israel, pasaran minyak global telah mengalami kejutan besar.
Apatah lagi, isu penutupan Selat Hormuz laluan utama yang mengalirkan hampir 20 peratus bekalan minyak mentah dunia telah menyebabkan harga minyak Brent melonjak melepasi paras AS$100 setong.
Kesan rantaian ini dapat dilihat dengan jelas pada harga runcit bahan api di negara-negara jiran kita dalam blok ASEAN.
Berikut harga petrol seliter bagi negara-negara ASEAN setakat 26 Mac 2026;
Singapura Cecah RM10 Seliter
Singapura (RM10.64)
Myanmar (RM8.10)
Kemboja (RM5.50)
Thailand (RM5.00)
Laos (RM4.41)
Filipina (RM3.85)
Vietnam (RM3.71)
Indonesia (RM2.91 - RM2.93)
Malaysia (RM1.99) RM3.87 untuk harga tanpa subsidi
Brunei (RM1.64)
