Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Harga RON97, RON95 Dan Diesel Tanpa Subsidi Naik Lagi Mulai Esok

Harga RON97
Kredit: Bernama

Harga runcit RON97 dan RON95 tanpa subsidi masing-masing meningkat sebanyak 20 sen seliter, manakala harga runcit diesel tanpa subsidi naik sebanyak 15 sen seliter.

Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan bahawa harga baharu itu berkuat kuasa bagi temph 24 September hingga 30 September.

Menurutnya, harga RON97 menjadi RM5.05 seliter, RON95 pula RM4.57 seliter dan diesel RM5.42 seliter.

MOF berkata kekangan bekalan produk petroleum bertapis terus mengekalkan harga pasaran pada paras tinggi.

Kredit: MOF

“Gangguan terhadap pengeluaran produk petroleum bertapis di Rusia, antara pengeksport diesel terbesar dunia, terus mengeruhkan keadaan.

“Eksport diesel dari Asia Barat pula telah merosot lebih 50% dari Mac hingga Ogos 2026.

“Pemulihan kapasiti penapisan global adalah penting bagi penyederhanaan harga produk petroleum. Pada masa sama, pemulihan aliran petroleum melalui Selat Hormuz boleh membantu mengurangkan tekanan terhadap harga minyak mentah dan produk petroleum bertapis.

“Namun begitu, ketidaktentuan geopolitik dunia dijangka terus mempengaruhi turun naik harga produk petroleum dalam jangka sederhana,” kata MOF menerusi satu kenyataan.

Ujarnya, kerajaan akan terus melindungi rakyat dan perniagaan daripada kesan ketidaktentuan global ini, termasuk dengan mengekalkan subsidi bersasar BUDI MADANI bagi pengguna yang layak.

Intipati
  • Harga runcit RON97 dan RON95 tanpa subsidi meningkat 20 sen seliter mulai 24 September.
  • Diesel tanpa subsidi naik 15 sen seliter bagi tempoh 24 hingga 30 September.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan