Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Harga Runcit Petrol RON97 Turun Lagi 10 Sen Minggu Ini

Harga petrol
Gambar via Bernama

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) sebentar tadi memaklumkan harga runcit produk petroleum bagi tempoh 11 Ogos hingga 17 Ogos 2022 yang telah ditetapkan.

Menurut ketetapan yang telah dikeluarkan oleh MOF, harga runcit petrol RON97 dilaporkan turun sebanyak 10 sen setiap satu liter daripada RM4.50 kepada RM4.40 seliter.

Manakala bagi harga runcit RON95 masih kekal pada paras RM2.05 seliter. Begitu juga dengan harga runcit Diesel kekal pada paras RM2.15 setiap satu liter.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan Diesel RM2.15 seliter.

“Sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, sepertimana yang dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang telah ditetapkan mengikut harga pasaran,” jelas Kementerian Kewangan.

Dalam pada itu, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang sesuai untuk pastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Sumber: MOF