Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Harga Tiket Suku Akhir Piala Dunia Turun Hingga 60 Peratus Selepas AS, Ronaldo Tersingkir

Ronaldo Tersingkir
Kredit: AFP

Harga Tiket Suku Akhir Piala Dunia Turun Hingga 60 Peratus Selepas AS, Ronaldo Tersingkir

Ketiadaan Amerika Syarikat (AS) dan Portugal dalam Piala Dunia 2026 memberi kesan besar bukan sahaja di atas padang, namun turut menggoncang pasaran tiket apabila harga bagi aksi suku akhir di Los Angeles menjunam hampir 60 peratus, lapor Forbes.

Menerusi platform jualan semula tiket TickPick, harga tiket paling murah (get-in price) untuk perlawanan suku akhir yang menemukan Sepanyol dan Belgium pada Jumaat ini merosot daripada AS$2,950 (kira-kira RM12,500) kepada sekitar AS$1,200 (kira-kira RM5,100) dalam tempoh kurang 24 jam.

Penurunan mendadak ini berlaku selepas AS gagal melayakkan diri ke peringkat suku akhir, apabila tuan rumah dibelasah Belgium 4-1 pada pusingan 16 terbaik.

Sementara Portugal pula disingkirkan oleh Sepanyol, setelah tewas 0-1, sekali gus menamatkan karier legenda bola sepak dunia itu di pentas Piala Dunia.

Kehilangan Ronaldo mengurangkan daya tarikan bintang yang besar bagi perlawanan suku akhir di Los Angeles itu.

Faktor lain adalah dengan ketiadaan kesemua tuan rumah yang sudah tersingkir sebelum memasuki peringkat suku akhir.

Malah, ramai pemerhati menganggap harga tiket pasti jauh lebih tinggi sekiranya perlawanan suku akhir itu menemukan Amerika Syarikat dan Portugal.

Sementara itu, perlawanan hari Khamis antara Perancis dan Maghribi kini menjadi aksi suku akhir paling murah di pasaran sekunder menurut TickPick, dengan harga tiket bermula pada $989 (kira-kira RM4,000) untuk perlawanan yang akan berlangsung di Foxborough, Massachusetts.

Meskipun harga tiket suku akhir menunjukkan trend penurunan, situasi berbeza dapat dilihat bagi aksi final di New Jersey pada 19 Julai.

Ia apabila harga tiket paling murah masih mencecah AS$9,346 (kira-kira RM39,700). Nilai itu dijangka berubah bergantung kepada pasukan yang berjaya melangkah ke pentas final.

Secara purata, harga kemasukan termurah untuk suku akhir Piala Dunia telah turun sebanyak 31.5 peratus dalam tempoh sehari lalu dan 50.4 peratus dalam tempoh tiga hari lepas, menurut SeatPick.

Jumlah tiket yang tersedia di seluruh pasaran sekunder pula melonjak kepada 49,415 tiket, satu peningkatan besar berbanding 28,285 tiket yang tersedia semasa Piala Dunia mula membuka tirai.



Tickets for the World Cup quarterfinal matchup in the Los Angeles area swiftly dropped by more than half on resale markets following the elimination of the U.S. and Portugal on Monday, the latest ticket price reduction of the tournament ahead of the final later this month.

The get-in price for the match this Friday fell from $2,950 to nearly $1,200 as of Tuesday afternoon on the secondary market, according to TickPick.

The drop comes after the U.S. failed to reach the quarterfinal against Spain, losing 4-1 to Belgium in Seattle on Monday.

Spain defeated Portugal 1-0 on Monday, ending Cristiano Ronaldo’s World Cup career and removing a significant amount of star power appeal from the quarterfinal match in Los Angeles, which would have likely had far higher ticket prices if the U.S. and Portugal faced off instead.

The Thursday game between France and Morocco is currently the cheapest quarterfinals matchup on the secondary market, according to TickPick, with tickets starting at $989 for the matchup, which will take place in Foxborough, Massachusetts.

$9,346. That is the get-in price for the World Cup final as of Tuesday afternoon. That cost will almost certainly change depending on which teams make the final. The match takes place July 19 in New Jersey.

France is the favorite to win the World Cup, followed by Spain, Argentina and England, according to sports books.

Average get-in prices for the World Cup quarterfinals have fallen 31.5% in the last day and 50.4% in the last three days, according to SeatPick. The number of available tickets across the secondary market has jumped up to 49,415, a large jump from the 28,285 available when the World Cup first kicked off, SeatPick reported. This year’s World Cup has been considered the most expensive in the tournament’s history, with early ticket prices reaching sevenfold the cost of prior World Cup installments.

Sumber:Forbes