Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

‘Hari Ini Je Pakai Kereta Isteri’ Lelaki Cemas Tertumpah Matcha

MATCHA
Kredit: Threads/ @fad_afnan

‘Hari Ini Je Pakai Kereta Isteri’ Lelaki Cemas Tertumpah Matcha

"Hari ini saja je pakai kereta bini. Then this happened. Mampus."

Itulah luahan ringkas seorang pengguna Threads, @fad_afnan, yang mengundang perhatian ramai selepas berkongsi insiden tidak diduga apabila secawan air matcha tertumpah di dalam kereta isterinya.

Menerusi gambar yang dimuat naik, minuman tersebut dilihat bertakung di bahagian tempat letak cawan (cup holder), sekali gus membuatkan ramai netizen terhibur dengan situasi yang dianggap cukup "mendebarkan" bagi seorang suami.

Bagaimanapun, Fad tidak mengambil masa lama untuk membersihkan tumpahan tersebut.

Dalam satu hantaran susulan, beliau berkongsi gambar selepas kawasan itu dibersihkan sambil berseloroh:

"Selesai. Dapat tidur dalam rumah."

Perkongsian itu nyata mengundang pelbagai reaksi lucu daripada warga maya yang membanjiri ruangan komen dengan pelbagai gurauan.

"Tak boleh cuci je, kena ganti kereta baru ya," seloroh seorang pengguna, @bubbletiaz.

Kredit: @barangdapurbasah

Seorang lagi pengguna, @barangdapurbasah, turut mencuri perhatian apabila menghasilkan gambar suntingan menggunakan kecerdasan buatan (AI) yang membayangkan pelbagai 'ubah suai' imaginatif berdasarkan kesan tumpahan air matcha tersebut.

"Tadi tengok yang Milo, ni matcha pulak. Emm... machaalah laa," komen seorang lagi pengguna, @nr.ainnshaa_.

Menariknya, ramai netizen turut mengaitkan insiden itu dengan satu hantaran tular sebelum ini yang memaparkan situasi hampir sama, namun melibatkan seorang pengguna Threads yang secara tidak sengaja menumpahkan air Milo di dalam kereta.

Sumber:@fad_afnan
Intipati
  • Pengguna Threads @fad_afnan berkongsi insiden matcha tertumpah dalam kereta isterinya.
  • Gambar menunjukkan minuman bertakung di bahagian cup holder sebelum kawasan itu dibersihkan.
  • Perkongsian tersebut menerima reaksi lucu netizen dan dikaitkan dengan insiden tumpahan Milo terdahulu.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan