Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Harimau Malaya Dijangka Naik 7 Anak Tangga Dalam Ranking FIFA
Skuad kebangsaan Harimau Malaya dijangka akan lompat tujuh anak tangga dalam kemas kini ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Perubahan kedudukan itu berlaku selepas kejayaan pasukan kebangsaan menewaskan Kygyzstan dan Taiwan dalam aksi Kumpulan D Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.
Memetik Sinar Harian, berdasarkan pengiraan tidak rasmi, kejayaan Harimau Malaya dalam dua perlawanan tersebut telah berjaya memungut sebanyak 26.15 mata.

Pungutan mata itu boleh melayakkan pasukan kendalian Kim Pan-gon untuk melompat ke kedudukan ke-130 dunia.
Dalam kemas kini terakhir FIFA pada Oktober lalu, Malaysia ketika ini berada di kedudukan ke-137 dunia.
Peningkatan ranking di kedudukan ke-130 dunia oleh Harimau Malaya itu adalah merupakan satu kejayaan besar. Ini kerana, kali terakhir pasukan bola sepak negara mencapai ranking bawah 130 adalah pada tahun 2005 dengan ranking ke-123 dunia.
Sejak itu, ranking skuad kebangsaan terus merosot dan yang paling teruk pernah direkodkan adalah pada tahun 2018, di mana Malaysia berada di kedudukan ke-167 dunia.
Selepas ini, skuad negara akan berdepan dua aksi persahabatan pada awal tahun depan sebelum menghadapi Piala Asia di Qatar.
Kemudian, aksi kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 akan disambung semula pada 21 Mac depan menyaksikan Malaysia bakal berdepan Oman di laman lawan.
Perlawanan timbal balik pula bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 Mac.
Untuk rekod, ranking terbaik yang pernah dicapai oleh skuad kebangsaan adalah kedudukan ke-75 ketika pengiraan ranking FIFA pertama mula diperkenalkan pada 1992.
KEMENANGAN Malaysia ke atas Taiwan 1-0 dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 malam ini sekali lagi meraih perhatian Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
FIFA menerusi laman X membuat ciapan ulangan (repost) hantaran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mengemas kini keputusan perlawanan penuh berkenaan.
“Back-t0-back #WCP wins for Malaysia,” tulis badan induk bola sepak dunia itu.
BACA: Kebangkitan Sempurna, FIFA Puji Kemenangan Minit-minit Akhir Malaysia vs Kyrgyzstan
FIFA difahamkan memberikan pujian ke atas skuad Harimau Malaya yang berjaya meraih dua kemenangan berturut-turut dalam dua perlawanan. Iaitu selepas menang ke atas Republik Kyrgyzstan 4-3 baru-baru ini.
Sebelum ini, FIFA turut memuji pasukan Malaysia yang berjaya meraih kemenangan pada saat-saat akhir biar pun sebelum itu ketinggalan 1-3.
“Malaysia mempamerkan aksi kebangkitan yang sempurna dalam perlawanan kelayakan,” kata FIFA dalam satu hantaran di X rasminya selepas perlawanan itu.
Sumber: Sinar Harian