Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Harimau Malaya
Kredit BERNAMA

Harimau Malaya Sedia Bayar ‘Hutang Kemenangan’ Bertemu Bahrain

Syed Faisal Sayed Muhammad

Harimau Malaya Sedia Bayar ‘Hutang Kemenangan’ Bertemu Bahrain

DOHA, 18 Jan (Bernama) — Skuad Harimau Malaya sudah melupakan kekalahan perit kepada Jordan pada aksi pembukaan Kumpulan E saingan Piala Asia 2023 dan bersedia memperbetul keadaan ketika membuat perhitungan dengan Bahrain di Stadium Jassim Bin Hammad, Sabtu ini.

Penyerang, Darren Lok yang berazam mencipta gol pada pertemuan itu mengakui suasana dalam pasukan suram untuk beberapa hari selepas Malaysia tumpas 0-4 di tangan Jordan pada aksi pembukaan Isnin lepas (Selasa pagi waktu Malaysia).

Bagaimanapun, penyerang Sabah FC berusia 33 tahun itu berkata barisan pemain negara kini sudah bersedia untuk ‘membayar hutang’ kemenangan bagi menghidupkan peluang melangkah ke pusingan 16 terbaik.

“Sudah tiba masa untuk bersedia menghadapi perlawanan seterusnya, kita tidak boleh terus bersedih dan kecewa dengan kekalahan lepas, kita perlu fokus untuk yang akan datang. Saya sentiasa bersemangat untuk masuk padang dan jaringkan gol dan buat yang terbaik untuk Malaysia, itu tugas saya (jika dipilih dalam kesebelasan utama).

“Kami sedar perlawanan seterusnya bukan mudah, Bahrain lawan yang kuat, sama ranking dengan Jordan. Jadi kami perlu main dan betulkan apa yang silap ketika menentang Jordan selain tampilkan prestasi yang lebih baik,” katanya kepada media Malaysia ketika ditemui di hotel penginapan pasukan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Darren yang mengumpul enam gol bersama Malaysia sejak penampilan sulung pada 2016 berkata beliau tidak kisah bergandingan dengan mana-mana pemain di bahagian serangan kerana apa yang penting memastikan taktikal permainan dapat dijayakan.

“Tidak kisah dengan siapa saya bermain, kami semua pemain profesional dan kami telah cukup lama berlatih bersama untuk saling memahami permainan masing-masing,” katanya yang menjaringkan gol kemenangan ketika Malaysia menewaskan Taiwan 1-0 pada pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026, November lepas.

Sementara itu, pemain pertahanan, Mohd Shahrul Mohd Saad berkata jaringan awal berdepan Bahrain yang diberi julukan ‘Dilmun’s Warriors’ akan mencerahkan peluang Malaysia meraih kemenangan.

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) berusia 30 tahun itu turut menyimpan impian untuk mencetak nama sebagai penjaring pada perlawanan itu.

“Sudah semestinya (jaring gol), sebagai pemain kita mesti nak dapatkan sesuatu untuk diri sendiri dan saya merasakan tahun ini mungkin tahun terakhir saya bermain untuk kempen Piala Asia, kita tak tahu apa akan jadi pada edisi seterusnya dan umur saya pun sudah bertambah,” katanya.

BACA: Nak Pergi Haji Tapi Guna Duit Pinjaman? Ini Jawapan Dari Sudut Hukum

Sebagai rekod, Malaysia tewas kepada Bahrain dalam tiga perlawanan terakhir sejak 2013 dengan pertemuan terakhir menyaksikan Bahrain menang 2-1 pada pusingan Kelayakan Piala Asia 2023 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 2022.

Bahrain merupakan pasukan ranking ke-86 dunia sementara Malaysia di posisi 130.

Selepas aksi bertemu Bahrain, skuad bimbingan Kim Pan Gon itu akan menutup saingan kumpulan dengan berdepan juara dua kali Korea Selatan pada 25 Jan.

Sumber: BERNAMA