Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Kredit: R. Selva Ganapathy Via Bernama

Harsheetaa Meninggal Dunia Akibat Kegagalan Organ, Sepsis – Bapa

Azizah Najib

Harsheetaa Meninggal Dunia Akibat Kegagalan Organ, Sepsis – Bapa

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) — Kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, S. Harsheetaa Sai yang menjalani pembedahan jantung di Amerika Syarikat meninggal dunia semalam akibat kegagalan organ dan sepsis.

Berita pemergian kanak-kanak itu disahkan oleh bapanya R. Selva Ganapathy yang mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Saraswathy di Sungai Buloh.

Harsheetaa yang belajar di sekolah tempat ibu bapanya mengajar, menghidap penyakit heterotaxy sejak lahir dan menjalani rawatan di Hospital Kanak-kanak Boston, di Massachusetts, sejak April lepas.

“Kesedihan kami sukar untuk diungkapkan. Harsheetaa, puteri kami yang cekal berjuang melawan penyakitnya menghembuskan nafas terakhir pada 1.10 pagi semalam di Hospital Kanak-kanak Boston,” kata bapanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi menerusi Instagram mengucapkan takziah kepada waris keluarga kanak-kanak itu.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghulurkan bantuan kewangan kepada keluarga Harsheetaa yang disampaikan beliau sendiri semasa mengunjungi rumah mereka di Batu Caves, Selangor, pada 20 Mac.

Heterotaxy, gangguan kongenital yang jarang berlaku apabila organ dalaman berada pada kedudukan tidak normal dan lazimnya akan menjejaskan fungsi jantung, paru-paru, hati, limpa, dan usus.

Sebelum ini, Selva Ganapathy merakamkan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang menyumbang untuk membantu membiayai pembedahan jantung anaknya.

Sumber: BERNAMA