Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa negeri sehingga jam 6.00 petang hari ini.
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka akan berlaku di negeri Kedah (Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu) • Pulau Pinang • Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).
Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub) • Selangor • WP Kuala Lumpur • WP Putrajaya • Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Rembau dan Tampin) • Melaka • Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).
Sarawak: Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu dan Limbang • Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas) sehingga 6:00 petang; Selasa, 16 Mac 2021.
Orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati dan tidak berada di kawasan yang berisiko.
Sumber: MetMalaysia