Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hidap Alzheimer, Lelaki Tantrum Tak Kenal Wajah Isteri Hinggalah Dinyanyikan Lagu…

lelaki alzheimer tantrum
Kredit:

Hidap Alzheimer, Lelaki Tantrum Tak Kenal Wajah Isteri Hinggalah Dinyanyikan Lagu…

Alzheimer merupakan sejenis penyakit yang berhubung dengan kelemahan seseorang individu yang lupa ingatan dan fungsi mental penting yang lain.

Menurut Hello Doktor, pada mulanya seseorang pesakit Alzheimer akan mengalami sedikit kekeliruan dan sukar untuk mengingati sesuatu perkara.

Lama-kelamaan, mereka akan melupakan orang yang penting dalam hidup mereka dan melalui perubahan personaliti yang mendadak.

Umum mengetahui, tidak mudah untuk menjaga mereka yang menghidapi penyakit tersebut kerana kita secara konsisten perlu mengulangi melakukan perkara yang sama supaya ingatan mereka kembali seperti sedia kala.

Mereka cenderung untuk melakukan perkara di luar kawalan sekiranya tidak mengingati apa yang berlaku di sekeliling namun kita sebagai penjaga boleh melakukan sesuatu yang paling diingatinya dalam ingatan teras.

BACA: Suami Hidap Penyakit Alzheimer Bunuh Isteri Dengan Kejam

Suami penghidap Alzheimer lempias perasaan marah kepada penumpang

Misalnya, seperti yang berlaku kepada pasangan suami isteri ini, di mana sang suami penghidap Alzheimer mula mempamerkan tantrum selepas isterinya pergi ke tandas.

Kejadian terjadi semasa mereka berada di dalam pesawat dan lelaki tersebut secara tiba-tiba mengamuk selepas mengalami penurunan ingatan (Alzheimer) hingga menyebabkan dia bertindak di luar kawalan.

“Mesti ada pintu di suatu tempat, saya nak keluar dari sini. Siapa awak dan apa yang terjadi di sini? Jangan sentuh saya,” katanya dalam keadaan marah apabila penumpang cuba menenangkannya.

Lelaki tersebut secara aktif memarahi penumpang lain dan kru kabin yang cuba menolongnya kerana dia tidak ingat apa yang berlaku sebelum ini.

Berkali-kali lelaki tersebut cuba melakukan percubaan untuk keluar dari pesawat namun dihalang oleh penumpang.

Kredit: @wdtu/Twitter

Tidak lama kemudian, isterinya kembali ke bahagian tempat duduk selepas keluar dari tandas dan menyaksikan dirinya bertindak membabi buta terhadap penumpang yang lain.

Terkejut dengan tindakan itu, wanita itu cepat-cepat mengatakan bahawa suaminya menghidap penyakit Alzheimer supaya orang ramai sedar akan perlakuan yang ditunjukkan oleh pasangannya.

Bagaimanapun yang paling sedih apabila lelaki itu juga tidak mengenali suara dan muka isterinya malah memintanya untuk berhenti menyentuhnya.

“Suami saya menghidap penyakit Alzheimer. Saya di sini,” kata wanita itu.

“Awak siapa? Berhenti sentuh saya,” pinta lelaki itu.

Isteri nyanyikan lagu tenangkan suami

Ekoran itu, wanita tersebut dengan segera menyanyikan salah satu lagu yang diingatinya untuk menenangkan suaminya.

Lelaki tersebut pada mulanya tidak senang duduk malah berasa ketakutan kerana berasa terancam dengan sekelilingnya.

Wanita itu juga meminta penumpang yang lain untuk menyanyikan bersama lagu You Are My Sunshine yang dinyanyikan oleh Jasmine Thompson sebagai ‘ubat’ kepada penyakit lelaki itu.

Kredit: @wdtu/Twitter

Lagu tersebut kemudiannya berkumandang dalam pesawat selepas penumpang setuju untuk memberi kerjasama dalam mengembalikan ingatan lelaki itu.

Tidak lama kemudian lelaki itu berada dalam keadaan yang tenang dan ingatannya mula kembali selain berasa selamat berada di dalam pesawat itu.

Perkara itu sememangnya membuatkan ramai yang menonton berasa terharu, walaupun dia tidak mengingati wajah isterinya namun lagu itu mampu mengembalikan ingatannya.

Sumber: @wdtu/Twitter