Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hidup Lebih Mudah: 8 Barang Rumah Pintar Jimatkan Masa
Dalam kehidupan yang serba pantas pada hari ini, setiap minit amat berharga. Dari menguruskan kerja, keluarga hingga rutin harian di rumah, kadang-kadang terasa masa tidak pernah cukup.
Tidak hairanlah ramai yang mencari cara untuk memudahkan tugas harian serta menjimatkan tenaga tanpa mengorbankan kualiti hidup. Penggunaan barang rumah moden dan pintar kini menjadi penyelesaian yang praktikal.
Ianya bukan sahaja menjadikan rumah lebih terurus tetapi juga memberi lebih ruang untuk fokus kepada perkara yang lebih penting dalam kehidupan seharian.
Kali ini kami akan kongsikan 8 barang rumah pintar yang mampu menjimatkan masa dan memudahkan kerja di rumah dari dapur hingga ke ruang tamu.
Setiap alat dipilih kerana fungsinya yang efisien, mudah digunakan dan mampu menjadikan rutin harian anda lebih lancar.
Dengan gabungan teknologi moden dan rekaan praktikal, alat-alat ini bukan sahaja memudahkan kerja rumah tetapi juga memberikan pengalaman hidup yang lebih santai dan menyeronokkan.
Robot vacuum kini semakin menjadi pilihan utama bagi mereka yang ingin mengurangkan beban kerja pembersihan lantai.
Alat ini direka bentuk dengan teknologi pintar yang membolehkan ia bergerak sendiri, mengesan halangan dan membersihkan habuk serta kotoran secara automatik.
Kelebihan terbesar robot vacuum adalah keupayaannya bekerja tanpa pengawasan. Keadaan ini membolehkan anda melakukan tugas lain seperti memasak atau bekerja dari rumah sementara lantai tetap bersih.
Tambahan pula, kebanyakan model terkini boleh dikawal melalui aplikasi telefon pintar. Ianya membolehkan anda menetapkan jadual pembersihan mengikut kesesuaian waktu harian dan menjadikan proses ini lebih fleksibel dan praktikal.
2. Air fryer
Bagi mereka yang gemar memasak namun menghadapi kekangan masa, air fryer menjadi alat dapur yang sangat membantu.
Dengan teknologi udara panas bertekanan, air fryer membolehkan anda memasak pelbagai jenis makanan dengan cepat dan lebih sihat kerana penggunaan minyak yang minimum.
Selain menjimatkan masa, air fryer juga mudah dibersihkan selepas digunakan. Ianya akan menjadikan rutin memasak lebih lancar dan kurang melecehkan.
Bagi keluarga yang sibuk, air fryer boleh menjadi penyelamat untuk menyediakan makanan cepat tetapi tetap sedap. Dari ayam goreng rangup sehingga sayuran yang lembut namun tidak kehilangan nutrien.
3. Pressure cooker
Selain itu, pressure cooker atau instant pot juga merupakan satu lagi alat yang mampu menjimatkan masa memasak secara dramatik. Alat ini sangat sesuai untuk menyediakan hidangan yang biasanya mengambil masa lama seperti daging atau sup berkuah pekat.
Dengan sistem tekanan tinggi, masakan dapat disiapkan dalam separuh masa berbanding cara tradisional tanpa mengorbankan rasa atau tekstur makanan.
Instant Pot juga multifungsi. Ia bukan sahaja untuk menanak nasi atau merebus tetapi juga untuk membuat stew, yogurt atau memasak kek kukus. Bagi sesiapa yang ingin mengurangkan masa di dapur tanpa mengabaikan kualiti hidangan, pressure cooker adalah pelaburan yang sangat berbaloi.
Masalah mencuci dan menjemur pakaian kini boleh diatasi dengan mesin basuh dan pengering kombinasi. Alat ini membolehkan anda mencuci dan terus mengeringkan pakaian dalam satu proses.
Ianya akan menjimatkan masa yang biasanya digunakan untuk menukar dan menjemur pakaian. Alat ini sangat praktikal terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar atau apartmen yang tidak mempunyai ruang jemuran yang luas.
Selain itu, beberapa model moden menawarkan fungsi smart wash yang boleh disesuaikan mengikut jenis kain dan tahap kotoran serta memastikan pakaian tidak hanya bersih tetapi juga tahan lama.
5. Mesin basuh pinggan mangkuk
Antara lain, mencuci pinggan mangkuk selepas makan sering menjadi tugasan paling memenatkan dalam rumah tangga. Mesin basuh pinggan mangkuk hadir sebagai penyelesaian untuk menjimatkan masa dan tenaga.
Ia membolehkan anda menumpukan perhatian kepada tugasan lain atau berehat sebentar selepas makan. Mesin ini menggunakan tekanan air dan deterjen khusus untuk menanggalkan sisa makanan dengan efektif.
Sekaligus memastikan pinggan mangkuk bersih dan higienik. Bagi keluarga besar atau mereka yang sering menerima tetamu, dishwasher bukan sekadar kemewahan tetapi keperluan praktikal untuk menjadikan kerja rumah lebih efisien.
6. Blender / food processor
Alat seperti blender dan food processor bukan sahaja memudahkan penyediaan jus dan smoothie tetapi juga mempercepatkan proses penyediaan bahan masakan seperti rempah, sayuran atau doh.
Menggunakan alat ini boleh mengurangkan masa pemotongan dan pengisaran yang biasanya mengambil masa lama jika dilakukan secara manual.
Tambahan lagi, beberapa model moden datang dengan fungsi preset untuk sup panas, smoothie sejuk dan pure bayi. Fungsi ini menjadikan setiap proses memasak lebih cepat dan hasilnya lebih konsisten.
7. Peralatan rumah pintar
Selain peralatan dapur, barang rumah pintar seperti lampu automatik, penyiram tanaman automatik dan smart speaker dapat menjadikan rumah lebih mudah diurus.
Dengan hanya menggunakan telefon pintar atau arahan suara, anda boleh mengawal pencahayaan, menetapkan masa penyiraman tanaman atau menguruskan jadual harian dengan lebih tersusun.
Alat-alat ini bukan sahaja menjimatkan masa tetapi juga membantu mengekalkan rumah dalam keadaan terurus dan efisien tanpa memerlukan perhatian manual sepanjang masa.
Bagi mereka yang memerlukan tenaga segera pada waktu pagi pula, mesin kopi automatik serta penapis air panas dan sejuk menjadi sangat praktikal.
Dengan hanya menekan butang, secawan kopi panas sedia diminum. Sementara air sejuk atau panas boleh dinikmati tanpa perlu menunggu lama. Alat ini bukan sahaja menjimatkan masa tetapi juga mengurangkan kerepotan menyediakan minuman harian.
Ianya secara tidak langsung akan meningkatkan produktiviti pagi anda. Selain itu, ia membantu mengekalkan rutin harian yang konsisten, membolehkan pagi anda bermula dengan lebih teratur dan tenang sebelum memulakan aktiviti harian.
Kesimpulannya, memanfaatkan barang rumah pintar dan alat dapur moden adalah satu langkah bijak untuk menjimatkan masa dan tenaga dalam kehidupan seharian.
Setiap alat ini membawa nilai praktikal yang nyata. Dalam dunia yang semakin sibuk, mempunyai rumah yang efisien bukan sahaja memudahkan kehidupan harian tetapi juga membolehkan kita menumpukan masa untuk perkara yang lebih bermakna.
Sama ada bersama keluarga, mengejar kerjaya atau sekadar menikmati detik rehat yang berharga. Pelaburan dalam alat-alat ini bukan sekadar soal kemewahan tetapi strategi untuk kehidupan yang lebih terurus, santai, dan produktif.
Sumber : Pete Matheson, Boomset
BACA : 7 Kesilapan Pakai Perfume Yang Buat Wangian Cepat Hilang