Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Himpunan Dataran Merdeka: 16 Jalan Dijangka Terlibat Dengan Lencongan Esok

Fazidi
himpunan dataran merdeka
Gambar: BERNAMA

Himpunan Dataran Merdeka: 16 Jalan Dijangka Terlibat Dengan Lencongan Esok

Beberapa laluan di ibu negara dijangka akan terlibat dengan lencongan, susulan satu perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Dataran Merdeka, esok.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Dato’ Mohamed Usuf Jan berkata, lencongan berkenaan berlaku bergantung kepada situasi dari masa ke masa.

“Lencongan kenderaan akan diaktifkan sekiranya keadaan memerlukan demi memastikan kelancaran trafik dan keselamatan semua pengguna jalan raya,” kata beliau.

Antara jalan yang dijangka terlibat dengan lencongan adalah seperti berikut:

  • Jalan Maharajalela / Susur ke Jalan Syed Putra

  • Jalan Kinabalu / U-turn Public Bank

  • Bulatan Sultan Mohamad

  • Jalan Kinabalu / Susur ke Terowong Bukit Aman

  • Jalan Kinabalu / Susur ke Bulatan Dato’ Onn

  • Atas Bulatan Dato’ Onn

  • Bulatan Dato’ Onn

  • Jalan Sultan Salahuddin / Bulatan Dato’ Onn

  • Jalan Kuching / Susur ke Jalan Sultan Ismail

  • Jalan Kinabalu (dari arah Bulatan Segambut ke arah Bulatan Dato’ Onn)

  • Jalan Kinabalu (dari arah Masjid Negara ke arah Bulatan Dato’ Onn)

  • Jalan Lebuh Pasar Besar / Jalan Hang Kasturi

  • Jalan Hishamudin / Jalan Raja

  • Jalan Parlimen / Jalan Raja Laut

  • Jalan Tuanku Abdul Rahman / Jalan Tun Perak

  • Jalan Lebuh Ampang / Jalan Tun Perak

Perhimpunan yang dijadualkan berlangsung pada 26 Julai itu melibatkan lima lokasi utama iaitu Masjid Negara, Pasar Seni, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Masjid Jamek Kampung Baru dan Kompleks SOGO.

Peserta perhimpunan berkenaan kemudian dijangka akan bergerak ke Dataran Merdeka.

“Pihak polis menasihati orang ramai agar merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan menggunakan pengangkutan awam bagi meminimumkan kesesakan di pusat bandar serta mematuhi arahan-arahan anggota polis Trafik bertugas di lokasi.

“Kerjasama dan keprihatinan semua pihak amat dihargai demi menjaga ketenteraman dan keselamatan bersama,” kata Mohamed Usuf lagi.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan ataupun maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999.

Mereka juga boleh menghubungi Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau hadir ke mana-mana balai Polis berhampiran.

BACA: Kebakaran Melarat, Titik Panas Di Sumatera Meningkat Daripada 94 Ke Lebih 1,000

Sumber: Polis Kuala Lumpur