Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara pada Oktober ini, HOMESOY meneruskan usaha menyokong kesihatan wanita dengan melancarkan kempen ‘Stop That Dot Together’, kesinambungan daripada kejayaan tahun lalu yang berjaya menggerakkan lebih 11,000 wanita menjalani saringan awal.
Tahun ini, kempen tersebut membawa mesej baharu, mengubah persepsi saringan daripada sesuatu yang menakutkan kepada tanda kasih dan sokongan untuk insan tersayang.
Sebagai tanda komitmen berterusan, HOMESOY turut menyalurkan RM50,000 kepada Cancer Research Malaysia, sekali gus menegaskan peranannya bukan sekadar jenama minuman, tetapi juga rakan jangka panjang dalam memperjuangkan kesihatan wanita.
“Saringan adalah tanda kasih dan penjagaan. HOMESOY sentiasa bersama wanita, bukan sahaja melalui pemakanan berkhasiat tetapi juga dalam perjuangan menentang kanser payudara,” kata Chang Wan Ping, Pengarah Pemasaran Ace Canning Corporation.
Kajian menunjukkan wanita Asia yang mengamalkan diet kaya soya sehingga 10 kali ganda lebih tinggi berbanding wanita Kaukasia mencatat kadar kanser payudara lebih rendah. Isoflavon soya yang terdapat dalam minuman berasaskan tumbuhan ini juga dilihat berpotensi membantu mengurangkan risiko kanser.
HOMESOY dalam pada itu memperkenalkan HOMESOY 3.0, susu soya dengan protein tumbuhan berkualiti tinggi, serat, kalsium dan vitamin D, sesuai untuk wanita di semua peringkat usia.
Menurut data WHO, 1 daripada 20 wanita di Malaysia berisiko menghidap kanser payudara. Namun, lebih 50% kes hanya dikesan pada peringkat lewat (Tahap III & IV), menyebabkan peluang rawatan berkurang.
Kajian juga menunjukkan 7 daripada 10 wanita hanya mahu melakukan pemeriksaan apabila gejala muncul, manakala ada yang mengelak kerana takut atau tidak selesa dengan suasana hospital.
Bagi menggalakkan lebih ramai wanita tampil menjalani pemeriksaan, HOMESOY melancarkan video pendek menampilkan kisah para survivor. Selain itu, kempen ini turut disertai peraduan kebangsaan di mana peserta berpeluang memenangi baucar pemeriksaan kesihatan serta pek HOMESOY 3.0.
Wanita yang menjalani saringan di hospital terpilih seperti Sunway Medical Centre, Columbia Asia Hospital, Thomson Hospital dan beberapa lagi turut menerima hadiah eksklusif HOMESOY 3.0 bersaiz 946ml.
Antara sorotan kempen ialah kisah Noor Shareena Aleeya (Sheena), survivor kanser payudara yang disahkan pada usia 35 tahun. Walaupun tanpa sejarah keluarga, beliau kini menjadikan pengalaman itu sebagai inspirasi kepada wanita lain untuk melakukan pemeriksaan awal.
“Pengesanan awal mampu menyelamatkan nyawa. Stop That Dot Together mengingatkan kita bahawa perjuangan ini lebih kuat bila dilalui bersama,” kata Sheena.
Untuk maklumat lanjut dan cara menyertai, orang ramai boleh layari laman web rasmi HOMESOY.