Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Honda HRC mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan hari Jumaat sekali gus melayakkan diri ke Top 10 Trial pada hari Sabtu yang menghimpunkan 10 pasukan terpantas daripada sesi kelayakan. Bagaimanapun, sesi tersebut dibatalkan berikutan hujan. Susulan itu, kedudukan permulaan perlumbaan ditentukan berdasarkan keputusan sesi kelayakan, sekali gus menyaksikan Honda HRC bermula dari petak pertama.
Perlumbaan bermula pada jam 11.30 pagi, Ahad, 5 Julai, dengan Honda HRC sekali lagi memilih Takumi Takahashi sebagai pelumba pembuka tirai buat tahun kelima berturut-turut. Dalam keadaan litar yang basah akibat hujan pada waktu pagi, Takahashi menamatkan pusingan pertama di tempat kedua sebelum memintas ke kedudukan pendahulu pada pusingan ke-11.

Beliau, diikuti Jonathan Rea, berjaya mengekalkan rentak perlumbaan yang konsisten meskipun melalui tempoh Safety Car. Menjelang pertengahan perlumbaan, Honda HRC berjaya melebarkan jurang pendahuluan kepada kira-kira 46 saat di hadapan pasukan di tempat kedua dan terus mengekalkan kedudukan tersebut.
Memasuki separuh kedua perlumbaan, Honda HRC terus mengawal kelebihan masa ke atas pencabar sambil mempertahankan kedudukan di hadapan. Dengan baki 34 minit perlumbaan, satu kemalangan menyebabkan Safety Car dikeluarkan bagi membolehkan kerja-kerja pemulihan serta pembaikan litar dijalankan.
Perlumbaan berakhir selepas tempoh lapan jam dengan Safety Car masih mengetuai kelompok pelumba sebelum bendera penamat dikibarkan pada jam 7.30 malam.

Kemenangan ini menyaksikan Honda HRC meraih kejuaraan Suzuka 8 Hours buat kali kelima berturut-turut, manakala Honda merekodkan kemenangan keseluruhan ke-32 dalam sejarah perlumbaan tersebut. Takumi Takahashi turut mencipta rekod baharu apabila muncul pelumba pertama memenangi Suzuka 8 Hours lima kali berturut-turut, selain melanjutkan rekod peribadinya dengan kemenangan kelapan sepanjang karier.
“Saya amat gembira kerana berjaya meraih kemenangan buat kali kelima berturut-turut. Perlumbaan berlangsung dalam keadaan litar yang basah sepanjang hari dan saya bersyukur kami dapat mengharunginya tanpa sebarang masalah. Memang sedikit mengecewakan apabila Somkiat tidak berpeluang berlumba dalam keadaan ini, namun kehadirannya sebagai rakan sepasukan banyak membantu kami memberikan prestasi terbaik. Jonathan, sebagai juara dunia, mempamerkan aksi yang lebih pantas dalam keadaan basah dan kekal konsisten sepanjang perlumbaan. Setiap kali kami masuk ke pit, pasukan menyediakan motosikal dengan sempurna tanpa sebarang kesilapan. Kejayaan ini adalah hasil usaha seluruh pasukan dan kemenangan ini milik semua yang terlibat.”
“Saya benar-benar gembira dengan kemenangan ini. Dalam keadaan cuaca yang sentiasa berubah serta tekanan sepanjang perlumbaan, tiada ruang langsung untuk melakukan kesilapan. Pasukan menjalankan tugas dengan cemerlang dan motosikal berada dalam keadaan terbaik. Perlumbaan ini mengingatkan saya bahawa saya masih mampu memotong pelumba lain di laluan lurus dan terus bersaing di kelompok hadapan. Rakan sepasukan saya juga memberikan prestasi yang sangat konsisten. Keputusan ini adalah hasil kerjasama seluruh pasukan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang terus memberikan sokongan sehingga perlumbaan tamat walaupun hujan lebat. Kembali berlumba di Suzuka merupakan satu pengalaman yang amat bermakna dan saya amat berterima kasih kepada Honda HRC atas peluang ini. Pole position, catatan pusingan terpantas dan kemenangan, ia benar-benar hujung minggu perlumbaan yang sempurna.”
“Saya benar-benar gembira buat Jonathan dan Takumi. Hari ini seluruh pasukan dipenuhi rasa kegembiraan. Penyertaan dalam Suzuka 8 Hours merupakan pengalaman yang sangat berharga serta peluang terbaik untuk saya menimba ilmu. Saya berterima kasih kepada Honda dan HRC atas peluang yang diberikan. Sudah tentu saya kecewa kerana tidak dapat berlumba, namun saya menikmati setiap detik sepanjang hujung minggu ini dan berharap akan diberi peluang seperti ini sekali lagi pada masa hadapan.”
“Honda HRC berjaya meraih kemenangan kelima berturut-turut di Suzuka 8 Hours, manakala Honda turut mencatat kemenangan keseluruhan ke-32 dalam perlumbaan ini. Kejayaan ini adalah hasil usaha bersama para pelumba, kakitangan pasukan serta semua pihak yang terlibat. Saya percaya usaha untuk mencapai pencapaian ini hadir bersama tekanan yang sangat besar, namun saya berbangga kerana setiap individu berjaya memainkan peranan masing-masing sehingga ke garisan penamat. Takumi khususnya berjaya mencatat kemenangan kelapan di Suzuka 8 Hours, sekali gus mengukuhkan rekod sebagai pelumba dengan kemenangan terbanyak dan memainkan peranan penting dalam kejayaan pasukan."
"Jonathan dan Somkiat turut mempamerkan pengalaman serta kelebihan masing-masing yang menguatkan lagi prestasi keseluruhan pasukan. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penaja yang menyokong cabaran ini, serta para peminat di litar dan di seluruh dunia atas sokongan berterusan mereka. HRC akan terus menyahut cabaran baharu dalam usaha mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan."