Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Hospital Cyberjaya berpotensi
Kredit BERNAMA

Hospital Cyberjaya Berpotensi Jadi Hospital Rujukan Utama

Syed Faisal Sayed Muhammad

Hospital Cyberjaya Berpotensi Jadi Hospital Rujukan Utama

CYBERJAYA, 9 Mac (Bernama) — Hospital Cyberjaya berpotensi menjadi hospital rujukan utama sebagai kesiapsiagaan menghadapi apa-apa bencana di pintu masuk negara iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata ini kerana kedudukan Hospital Cyberjaya yang strategik, selain arena sukan Litar Antarabangsa Sepang dan ‘Silicon Valley’ Cyberjaya, yang terletak di daerah Sepang, juga akan dapat memanfaatkan perkhidmatan kesihatan hospital berkenaan.

“Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti keperluan untuk menyediakan sebuah mesin pengimejan resonans magnetik (MRI) di Hospital Cyberjaya, untuk menampung keperluan semasa serta peranan hospital ini sebagai hospital rujukan bagi sebarang kejadian bencana KLIA,” katanya dalam ucapan sempena majlis perasmian Hospital Cyberjaya di sini hari ini.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Hospital Cyberjaya itu, yang dibina dengan kos kira-kira RM508.8 juta.

Dr Zaliha dalam teks ucapannya yang dibacakan timbalannya Lukanisman Awang Sauni berkata pembinaan Hospital Cyberjaya antara lain bertujuan mengurangkan kadar penghunian katil (BOR) hospital di Lembah Klang yang tinggi, selain mengurangkan kesesakan hospital berdekatan seperti Hospital Serdang, Hospital Kajang dan Hospital Putrajaya.

Beliau berkata pada masa ini kadar penggunaan katil di hospital awam di daerah Sepang dan Hulu Langat terutamanya Hospital Kajang, melebihi 90 peratus, manakala BOR melebihi 80 peratus di Hospital Serdang dan Hospital Ampang.

Beliau berkata Hospital Cyberjaya yang mempunyai sembilan tingkat merupakan hospital pakar major yang menyediakan perkhidmatan kepakaran canggih dengan lapan dewan bedah, 10 bilik bersalin dan kapasiti 288 katil.

“Insya-Allah, Hospital Cyberjaya akan memanfaatkan kira-kira 282,000 penduduk di Sepang, termasuk di kawasan mukim Dengkil dan Labu,” katanya.

Beliau berkata KKM juga sedang mengkaji untuk mewujudkan perkhidmatan perubatan geriatrik dan perkhidmatan psikiatri di Hospital Cyberjaya dalam masa terdekat, dengan mengambil kira trend peningkatan warga emas dan penularan penyakit mental dalam kalangan rakyat.

Sumber: BERNAMA