Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hot Wheels Monster Trucks Live: Glow-N-Fire Bakal Gegar Bukit Jalil Oktober Ini
Berita baik buat peminat aksi lasak dan kereta gergasi! Buat julung kalinya, pertunjukan Hot Wheels Monster Trucks Live™: Glow-N-Fire bakal mendarat di Asia, dan teka dekat mana lokasi pertamanya? Ya, sudah tentulah di Malaysia.
Pertunjukan ini akan berlangsung pada 16 hingga 17 Oktober 2026 bertempat di Unifi Arena Bukit Jalil.
Hanya ada tiga sesi pertunjukan sahaja dalam masa dua hari tersebut. Oleh itu, buat para peminat sukan ini harus membuat persedian awal jika tidak mahu gigit jari.
Lebih menarik lagi, acara ini turut menampilkan trak-trak 'legend' seperti Mega Wrex™, Tiger Shark™, Bone Shaker™, Bigfoot® dan yang paling ditunggu-tunggu, kemunculan sulung trak inspirasi badak dinamit, Rhinomite.

Jadual pertunjukan adalah seperti berikut:
Jumaat, 16 Oktober, 8:00PM / Akses Pra-pertunjukan VIP, 5.30PM-7.00PM
Sabtu, 17 Oktober, 1:00PM / Akses Pra-pertunjukan VIP, 10.30AM-12.00PM
Sabtu, 17 Oktober, 8:00PM / Akses Pra-pertunjukan VIP, 5.30PM-7:00PM

Hot Wheels Monster Trucks Live™: Glow-N-Fire dipersembahkan oleh Family Entertainment Live, dengan siri jelajah di Malaysia dianjurkan bersama oleh MUSE Group Asia dan Unik Squad.
Pengalaman mengujakan baharu ini akan menampilkan aksi-aksi belum pernah dipertontonkan oleh Hot Wheels Monster Trucks, termasuk aksi baharu No-Handed Front Flip dipersembahkan oleh penunggang FMX!
Sejajar dengan kejayaan Glow-N-Fire pada 2025 yang memenangi anugerah Pollstar Family Show of the Year, Hot Wheels Monster Trucks Live™ amat teruja untuk meneruskan momentum ke tahun 2026 dengan siri pertunjukan merentasi Amerika Utara, Eropah, Amerika Latin dan terkini di Asia, di mana Malaysia berbesar hati menjadi lokasi pembuka tirai.

Para peminat Hot Wheels juga berpeluang untuk menyertai Akses Pra-pertunjukan VIP, yang berlangsung 2 jam 30 minit sebelum setiap pertunjukan bermula.
Pengalaman unik ini memberikan pengalaman kepada para peminat dengan akses ke aras arena, membolehkan mereka melihat dengan lebih dekat rekaan-rekaan luar biasa dan saiz epik Hot Wheels Monster Trucks serta mendapatkan tandatangan daripada pemandu dan bintang pertunjukan kegemaran mereka.
Setiap tiket Akses Pra-pertunjukan VIP termasuk kad autograf. Pas-pas akan mula dijual selagi stok masih ada.
Tiket ke Hot Wheels Monster Trucks Live™: Glow-N-Fire boleh didapati di Tri-Tix bermula 16 April 2026 pada pukul 8 pagi. Harga bermula daripada RM118.
Harga Istimewa untuk kanak-kanak juga tersedia untuk semua pertunjukan, sekali gus memberikan nilai yang hebat untuk seisi keluarga.

Beli tiket anda di jelajah Hot Wheels Monster Trucks di Pavilion Bukit Jalil pada 16 – 26 April untuk menikmati ganjaran eksklusif berupa diskaun 10% dan hadiah misteri Hot Wheels Monster Trucks (terhad kepada 100 pembeli tiket pertama di lokasi).
Siapa sangka, Malaysia jadi pilihan utama sebagai hentian pertama jelajah Asia untuk pertunjukan monster truck paling mega di dunia.
Jadi, para peminat boleh melayari HotWheelsMonsterTrucksLive.com untuk informasi lanjut.