Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

HTAR Nafi Mohon Sumbangan Bekalan Makanan

HOSPITAL Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang menafikan dakwaan permohonan sumbangan bekalan makanan kepada sukarelawan taska di hospital tersebut.

Pengarahnya, Datin Paduka Dr. Hasni Hanapi berkata, dakwaan tersebut tular di laman media sosial baru-baru ini dan pihaknya menafikan dakwaan itu.

“Pihak HTAR juga tidak pernah mewujudkan sebarang dana khalayak (crowdfunding) mahupun menghampiri mana-mana pihak bagi memohon sumbangan buat sukarelawa d taska hospital ini.

“Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan berita yang tidak sahih dalam kalangan masyarakat,” jelasnya dalam satu kenyataan rasmi semalam.

Gambar: Facebook HTAR

Sumber: Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang