Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Hujan Lebat Akibatkan Air Bertakung, Banjir Kilat Di Ibu Negara

hujan lebat banjir kilat
Kredit: Video Tular

Hujan Lebat Akibatkan Air Bertakung, Banjir Kilat Di Ibu Negara

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) — Hujan lebat yang melanda ibu negara sejak 4 petang, telah mengakibatkan kejadian air bertakung dan banjir kilat di beberapa kawasan.

Keadaan cuaca buruk itu turut menyebabkan air melimpah ke jalan raya sehingga menghalang aliran lalu lintas, sekali gus menyukarkan pergerakan pengguna jalan raya di lokasi yang terjejas.

Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (KLCCC DBKL) memaklumkan kesan air bertakung dilaporkan berlaku di Jalan Loke Yew, Jalan Changkat Thambi Dollah dan Jalan Yew.

BACA JUGA: Beberapa Kawasan Di JB Dilanda Banjir Kilat, Bumbung Pentas Dataran Bandaraya Runtuh

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan pihaknya telah menerima panggilan berhubung insiden banjir kilat di Jalan Raja Chulan.

Perkongsian orang ramai di media sosial turut menunjukkan beberapa kawasan lain dinaiki air, antaranya di Desa Pandan, Taman Desa, Cheras dan Jalan Changkat Thambi Dollah.

Sumber: BERNAMA