Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hujan Lebat Akibatkan Banjir Kilat Di Cameron Highlands

BERNAMA
cameron highlands
Kredit: Bernama

Hujan Lebat Akibatkan Banjir Kilat Di Cameron Highlands

KUANTAN, 20 April (Bernama) -- Hujan lebat selama lebih dua jam mengakibatkan kejadian banjir kilat di kawasan Habu Heights, Cameron Highlands, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Supt Azri Ramli berkata hujan lebat yang bermula 2 petang menyebabkan aliran air lumpur deras dari kawasan tinggi mengalir ke jalan utama Ringlet.

“Bagaimanapun keadaan terkawal dan air surut sepenuhnya sekitar 4 petang,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Azri berkata tiada laporan kemalangan jiwa diterima, namun terdapat dua laporan polis membabitkan dua kenderaan dihanyutkan arus deras.

Beliau berkata tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden berkenaan dan keadaan di lokasi kini kembali selamat untuk dilalui.

Sumber:BERNAMA