Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hujan Lebat Dan Ribut Petir Dijangka Landa Hampir Seluruh Malaysia Hingga Jam 2 Pagi

Gambar via Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di hampir seluruh Malaysia sebentar tadi.

Menurut kemaskini MetMalaysia sehingga jam 10.55 malam tadi, hujan lebat dijangka membadai 11 negeri dan tiga wilayah persekutuan hingga jam 2 pagi esok.

Kawasan-kawasan yang dijangka terlibat termasuk:

  • Perlis

  • Kedah: Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu

  • Pulau Pinang

  • Perak

  • Kelantan: Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Gua Musang

  • Terengganu: Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Hulu Terengganu

  • Pahang: Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera

  • Selangor

  • WP Kuala Lumpur

  • WP Putrajaya

  • Negeri Sembilan

  • Melaka

  • Johor: Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru

  • Sarawak: Kapit (Kapit), Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang

  • Sabah: Pedalaman (Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Tongod dan Telupid)

  • WP Labuan

Kebanyakan negeri di Malaysia turut dilanda hujan berterusan hingga petang tadi dan mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan. Pengguna jalan raya turut dinasihatkan untuk berhati-hati semasa memandu.

Sumber: MetMalaysia