Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal akan melanda lima negeri dan dua Wilayah Persekutuan sehingga jam 5 petang ini.
Menerusi kenyataan di laman Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), ramalan melibatkan seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.
Selain itu, keadaan cuaca itu juga melibatkan daerah Jerantut, Bentong, Kuantan dan Pekan di Pahang.
Bagi negeri Selangor, ia membabitkan daerah Gombak, Kuala Langat dan Hulu Langat.
Manakala di Negeri Sembilan pula hanya melibatkan daerah Jelebu.
Beralih ke Sarawak, ramalan turut membabitkan daerah Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang.
Hujan lebat juga dijangka akan berlaku di Sabah iaitu di daerah Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Kunak, Semporna dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu).
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia.