Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hujan Lebat Di 8 Negeri & 1 Wilayah Hingga Malam Ini

Sofea
hujan lebat
Kredit: Image FX

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang lapan negeri dan satu Wilayah Persekutuan sehingga jam 8 malam ini.

Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia memaklumkan hujan lebat akan berlaku di seluruh negeri Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Selain itu, amaran turut melibatkan negeri Kedah iaitu di Padang Terap, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Di Pulau Pinang, hujan lebat diramal berlaku di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

Bagi negeri Pahang pula, daerah yang terlibat ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan dan Bera.

Menurutnya, amaran turut membabitkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat di Selangor.

Di Negeri Sembilan pula, cuaca buruk dijangka berlaku di kawasan Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol.

Kredit: MetMalaysia

Beralih ke Sarawak, amaran diramal melibatkan daerah Sri Aman (Lubok Antu), Betong (Betong dan Saratok), Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis), Kapit, Bintulu (Tatau) dan Miri (Marudi).

Manakala, di Sabah pula hanya membabitkan daerah Pedalaman (Beaufort).

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," kata MetMalaysia.