Amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang telah dikeluarkan di empat negeri sehingga jam 7 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa amaran itu melibatkan daerah di Kedah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Padang Terap.
Selain itu, hujan lebat juga diramal melanda negeri Perak di daerah Bagan Datuk, Hilir Perak, Muallim, Batang Padang, Perak Tengah, Kampar dan Kinta.
Di Pahang pula, daerah Raub, Lipis, Cameron Highlands dan Bentong dijangka terlibat.
Manakala di Sarawak pula membabitkan daerah Miri, Sibu, Sarikei (Julau), Limbang, Bintulu, Kapit (Kapit dan Belaga).
Hujan Lebat Di Empat Negeri

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia.
