Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hujan Lebat Dijangka Landa 6 Negeri Petang Ini

Athirah
Hujan Lebat Landa 6 Negeri
Kredit: AFP

Hujan Lebat Dijangka Landa 6 Negeri Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di enam negeri sehingga jam 5 petang ini.

Menurut hantaran di Facebook, amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di negeri Johor.

Dalam pada itu, fenomena cuaca berkenaan juga diramal akan melanda kawasan Pekan dan Rompin di Pahang, manakala hujan lebat dan petir turut diramal berlaku di Negeri Sembilan yang melibatkan daerah Tampin sahaja.

MetMalaysia melaporkan amaran yang sama dikeluarkan melibatkan kawasan Jasin di Melaka. Di Sarawak, antara kawasan yang dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat adalah Sarikei (Julau).

Beralih ke Sabah, amaran ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam,” ujar hantaran itu.

Selain itu, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Malaysia dijangka berdepan fenomena La Nina

Sebelum ini, SK melaporkan bahawa Malaysia dijangka berdepan fenomena La Nina singkat pada awal musim sejuk 2025/2026 dan berpotensi menjejaskan corak hujan di negara ini.

Bagaimanapun keadaan diramal kembali stabil ke paras neutral tidak lama selepas itu.

Pusat Iklim Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, ramalan cuaca jangka panjang bagi tempoh September 2025 hingga Februari 2026 menunjukkan kebanyakan model iklim antarabangsa menjangka keadaan El-Nino Southern Oscillation (ENSO) kekal neutral, dengan 56 peratus kebarangkalian berterusan sehingga Oktober ini.

“Majoriti model iklim antarabangsa menunjukkan keadaan ENSO terkini adalah neutral dengan Indeks Nino Lautan (ONI) terkini di kawasan pemantauan Nino 3.4 bagi bulan Mei, Jun dan Julai 2025 adalah – 0.1 darjah Celcius,” ujar kenyataan itu.

MetMalaysia berkata, sehubungan itu, lebih banyak hari tanpa hujan berbanding hari hujan dijangka berlaku selain risiko jerebu setempat dan rentas sempadan jika aktiviti pembakaran terbuka tidak dikawal.

“Walaupun cuaca kering, risiko angin kencang serta ribut petir tetap ada, terutama di kawasan barat Semenanjung, utara Sarawak dan barat Sabah,” katanya.

BACA: Bom Perang Dunia Kedua Ditemukan Di Hong Kong, Ribuan Penduduk Dipindahkan

Sumber: Malaysian Meteorological Department via Facebook