Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bom Perang Dunia Kedua Ditemukan Di Hong Kong, Ribuan Penduduk Dipindahkan
Beribu-ribu penduduk dilapor terpaksa dipindahkan dari sebuah kawasan kejiranan yang sibuk di Hong Kong ketika pakar bertungkus-lumus ‘mematikan’ sebuah bom peninggalan era Perang Dunia Kedua.
Menurut portal Fox News, bom itu berukuran hampir 1.5 meter dan seberat 454 kilogram.
Difahamkan, bahan letupan buatan Amerika Syarikat (AS) itu ditemukan di sebuah tapak pembinaan di Quarry Bay, barat Hong Kong, pada Jumaat malam lalu.
“Kami mengesahkan objek ini sebagai bom yang berasal dari zaman Perang Dunia Kedua
“Berikutan risiko amat tinggi untuk mematikan fius bom itu, kira-kira 1,900 isi rumah melibatkan 6,000 orang digesa supaya berpindah dengan segera,” kata seorang pegawai polis, Andy Chan Tin-Chu kepada wartawan tempatan.
Polis Hong Kong dalam satu kenyataan berkata, bom tersebut mengandungi 226 kilogram TNT yang dipercayai digugurkan oleh tentera AS semasa perang.
Selain itu, pakar-pakar bekerja dari sekitar pukul 2 pagi (waktu tempatan) hingga hampir tengah hari.
Menurut polis, pasukan pelupusan bahan letupan mengharungi cuaca taufan untuk ‘meleraikan’ bom tersebut dan berjaya menyingkirkan ancaman itu kira-kira jam 11.48 pagi (waktu tempatan).
Sumber: Fox News