Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hujan Lebat Dijangka Landa Lapan Negeri Pagi Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat yang melibatkan lapan negeri sehingga 1 tengah hari ini.
Amaran yang dimuat naik di laman Facebook jabatan berkenaan, menjangkakan hujan lebat bagi beberapa kawasan di Pantai Barat dan Pantai Timur Semenanjung, serta beberapa daerah di Kepulauan Borneo.
“Di Kedah, hanya daerah Langkawi dijangka alami hujan lebat.
“Manakala di Perak pula, senarai tersebut turut melibatkan daerah Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar dan Hilir Perak. Selain itu, daerah Batang Padang dan Muallim juga tersenarai.
“Beralih ke Pantai Timur, hanya daerah Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu dijangka alami hujan lebat.
“Di Pahang, hanya daerah Rompin diramal hujan. Sementara itu, cuaca buruk di Selangor dijangka melibatkan daerah Sabak Bernam.
“Di Selatan Semenanjung, beberapa kawasan di negeri Johor dijangka mengalami hujan lebat. Antara kawasan yang tersenarai termasuk Tangkak, Muar, Batu Pahat, Mersing dan Pontian,” maklum kenyataan itu
Dalam pada itu, hujan lebat turut diramal di beberapa kawasan di Sarawak melibatkan Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah) dan Miri (Telang Usan),” maklum kenyataan itu.
Manakala di Sabah, daerah Pedalaman (Nabawan dan Keningau) dan Tawau (Tawau dan Semporna) turut dijangka mengalami cuaca buruk.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” maklum jabatan berkenaan.
Terdahulu, MetMalaysia juga mengeluarkan nasihat Ribut Tropika Fung-Wong yang berisiko menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan, semalam.
Orang ramai dinasihat agar tidak berada di lokasi berisiko dan amalkan langkah berjaga-jaga ketika berada di luar.