Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MetMalaysia Keluar Nasihat Ribut Tropika Fung-Wong

Azizah Najib
ribut fung-wong
Kredit: Bernama

MetMalaysia Keluar Nasihat Ribut Tropika Fung-Wong

KOTA KINABALU, 11 November (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat berkaitan ribut tropika kuat (Fung-Wong) yang dikesan pada 8 pagi di latitud 19.8 utara dan longitud 117.9 timur kira-kira 335 kilometer (km) ke arah barat laut Laoag City, Filipina.

Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional MetMalaysia memaklumkan ribut berkenaan kini dikesan bergerak ke arah utara barat laut dengan kelajuan 15km sejam serta kelajuan angin maksimum 111km sejam.

MetMalaysia memaklumkan jarak ribut dari bandar terdekat adalah kira-kira 1,439km ke timur laut Kudat, Sabah.

“Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan,” menurut kenyataan itu.

Semasa membadai Filipina, Taufan Fung-Wong mengakibatkan 18 kematian dan 1.4 juta penduduk terpaksa berpindah.

BACA: Ringgit Cecah RM4.16, Muncul Sebagai Mata Wang Berprestasi Terbaik Di Asia – PM Anwar

BACA: Jangan Panik, Mekanik Dedah Kenapa Kereta Tersentak Ketika Tukar “Gear”

BACA: Mayat Jutawan Kripto Rusia & Isteri Ditemui Dikerat, Ditanam Di Padang Pasir UAE

Sumber: Bernama