Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hujan Lebat Diramal Landa 4 Negeri, 1 Wilayah Malam Ini

Athirah
hujan lebat
Kredit: AFP

Hujan Lebat Diramal Landa 4 Negeri, 1 Wilayah Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang diramal akan melanda empat buah negeri dan satu wilayah sehingga jam 10 malam.

Amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Dalam pada itu, fenomena cuaca berkenaan juga diramal akan melanda kawasan Muallim di Perak, manakala hujan lebat dan petir turut diramal berlaku di Pahang yang melibatkan daerah Bentong.

Menurut MetMalaysia, amaran yang sama dikeluarkan melibatkan kawasan Hulu Selangor, Gombak, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang di Selangor.

BACA: Gencatan Senjata Gaza Bermula 8.30 Pagi Ahad – Qatar

Di Negeri Sembilan, antara kawasan yang dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat adalah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Jempol.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Kredit: METMalaysia

Sumber: Malaysian Meteorological Department via Facebook