Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hujan Lebat Diramal Landa Kebanyakan Negeri Petang Ini

negeri petang
Kredit: Bernama

Hujan Lebat Diramal Landa Kebanyakan Negeri Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di 10 negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 4 petang ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri diramal hujan seperti Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan seluruh kawasan Pulau Pinang, Perak, Melaka serta WP Kuala Lumpur.

"Di Kedah, beberapa daerah diramal hujan seperti Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

"Manakala di Kelantan pula seperti Jeli dan Kuala Krai selain Terengganu melibatkan kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

"Di Pahang, kawasan yang diramal hujan adalah Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Maran, Kuantan dan Rompin.

"Selangor pula melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling. Di Negeri Sembilan pula termasuk Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin

"Di Johor, daerah yang diramal hujan adalah Segamat, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru," maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.