Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hujan Lebat Diramal Landa Kebanyakan Negeri Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di kebanyakan negeri sehingga jam 6 petang ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah terlibat seperti di Perak, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.
Manakala di seluruh kawasan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
“Di Perak, daerah yang diramal hujan adalah Hulu Perak, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
“Manakala di Kelantan melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh. Sementara di Pahang termasuk Tanah Tinggi Cameron, Lipls, Raub, Bentong, Temerloh, Kuantan, Bera dan Pekan.
“Bagi Negeri Sembilan, daerah yang diramal hujan adalah Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jernpol.
“Beralih ke Sarawak, daerah yang terlibat adalah Kapit (Bukit Mabong dan Belaga), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudl) dan Llmbang.
“Bagi Sabah pula melibatkan Pedalarnan (Sipitang, Tenom, Nabawan dan Keningau), Pantal Barat (Papar), Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan),” maklum METMalaysia.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia