Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hujan Lebat Diramal Malam Ini Di 9 Negeri, 1 Wilayah

Azizah Najib
Kredit: Bernama

Hujan Lebat Diramal Malam Ini Di 9 Negeri, 1 Wilayah

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang meliputi sembilan negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga 9 malam ini.

Menerusi ramalan yang dimuat naik di laman Facebook itu, seluruh negeri Pulau Pinang dan WP Kuala Lumpur dijangka hujan lebat.

Begitu juga dengan daerah Kulim dan Bandar Baharu di Kedah. MetMalaysia turut menyenaraikan hampir keseluruhan negeri Perak bakal menerima hujan lebat. Daerah yang tersenarai merupakan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar dan Kinta. Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim turut tersenarai.

BACA: Pasangan Pengantin Edar Makanan Kenduri Selepas Lokasi Majlis Dilanda Banjir

Di Selangor, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat dijangka hujan lebat. Manakala di Negeri Sembilan, Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin turut bakal alami cuaca buruk.

Melihat keadaan di Pahang, Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Kuantan bakal menerima hujan lebat.

Di Johor, Batu Pahat, Kluang, Kulai dan Kota Tinggi juga dijangka hujan lebat.

Beralih ke Sarawak, hanya Miri (Telang Usan) tersenarai. Manakala di Sabah, Pantai Barat (Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), dan Tawau (Tawau) bakal mengalami cuaca buruk. Begitu juga Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat).

BACA: Botol Hanyut Di Laut Ditemui, Berisi Surat Berusia 16 Tahun Lalu

Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” maklum MetMalaysia.

BACA: Hujan Berterusan Di Kelantan, Terengganu Dan Perak Hingga Esok – MetMalaysia

Terdahulu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan sehingga esok melibatkan Kelantan, Terengganu dan Perak.

Cuaca pada tahap buruk itu dijangka melanda Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu di Kelantan. Begitu juga Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Manakala di Terengganu, amaran berkenaan melibatkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)