Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hujan Lebat Landa Empat Negeri Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang melibatkan empat negeri sehingga jam 4 petang ini.
Menerusi amaran yang dimuat naik di laman Facebook itu, METMalaysia menjangkakan Terengganu bakal menerima hujan lebat terutamanya di daerah Dungun dan Kemaman.
Turun ke selatan Semenanjung, ribut petir dan hujan lebat dijangka landa kebanyakan kawasan di Johor. Antara daerah yang tersenarai termasuk Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang. Begitu juga daerah Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Beralih ke Kepulauan Borneo, METMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang melibatkan sebahagian kawasan di negeri Sabah dan Sarawak.
Di Sarawak, hujan lebat diramal landa daerah Sarikei (Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah). Daerah Bintulu dan Miri (Subis dan Miri) juga tersenarai dalam amaran tersebut.
Manakala di Sabah, daerah Pedalaman (Tenom, keningau dan Tambunan) dan Pantai Barat (Ranau) dijangka hujan lebat. METMalaysia turut menyenaraikan daerah Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Telupid dan Beluran).
Orang ramai dinasihat agar tidak mendekati kawasan berisiko dan amalkan langkah berjaga-jaga ketika berada di luar.
Terdahulu, METMalaysia turut mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan pada tahap Buruk dan Waspada yang melibatkan beberapa kawasan sehingga 5 November 2025 (esok).
“Hujan lebat berterusan (pada tahap Buruk) dijangka berlaku di negeri Sabah melibatkan Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud),” maklum jabatan berkenaan.
Wilayah Persekutuan Labuan turut dijangka alami cuaca buruk berpanjangan pada tahap buruk.
Selain itu, daerah Pedalaman (Sipitang) dan Kudat pula dijangka terima hujan berterusan pada tahap Waspada.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia)
BACA: Pempengaruh Taiwan Ditemukan Mati Di Hotel Disiasat Sebagai Kes Bunuh
BACA: BUDI95: Had Kelayakan E-Panggilan Ditingkatkan, Teksi Lapangan Terbang Layak Terima Subsidi
BACA: Perjanjian Timbal Balik Malaysia-AS Tidak Bercanggah Peruntukan Perlembagaan – PM Anwar