Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hujan Lebat Petang Semalam, Tular Zoo Negara Dilanda Banjir Kilat
Tular beberapa video di media sosial yang memaparkan keadaan banjir kilat di Zoo Negara petang semalam.
Dalam satu hantaran yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @Bosyakuza_2207 memaparkan gerbang masuk lokasi itu dipenuhi air banjir.
Difahamkan hujan lebat pada petang semalam turut menyebabkan beberapa kawasan dipercayai di sekitar MRR2 dan Hulu Klang turut dilanda banjir kilat.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @yatie424 di TikTok, mendedahkan kawasan jalan raya dinaiki air. Meskipun berlaku sedikit kesesakan lalu lintas, namun laluan jalan raya masih boleh diredah oleh kenderaan ringan.
“Hujan lebat sangat.. banjir area rumah kita wak..Paling kesian zoo negara pun terkena..macam mana lah nasib haiwan-haiwan tu semua..Sampai sekarang jem teruk.. semoga dipermudahkan segala urusan mangsa banjir,” tulis kapsyen di video berkenaan.
Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri pada 3:45 petang.
Bagi keseluruhan kawasan yang dijangka mengalami cuaca buruk itu adalah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Manakala selebihnya melibatkan kawasan di daerah-daerah tertentu.
“Di Perak, daerah terlibat adalah Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
“Di Kelantan, melibatkan Kota Bharu, Jeli, Bachok, Pasir Puteh dan Gua Musang. Manakala daerah di Terengganu termasuk Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.
“Di Pahang, daerah yang diramal mengalami cuaca itu adalah Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin.
“Sementara daerah di Selangor termasuk Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang,” kata METMalaysia dalam kenyataan itu semalam.
Selain itu, daerah Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan juga tidak terkecuali. Manakala beralih ke selatan tanah air (Johor) pula adalah Segamat, Mersing dan Kota Tinggi.
“Di Sarawak kawasan yang terlibat adalah Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang (Limbang). Manakala Sabah pula di Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu),” maklum METMalaysia semalam.
Sumber: Tiktok @Bosyakuza_2207, TikTok @yatie424