Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Hujan Lebat, Ribut Petir Di 6 Negeri & 1 Wilayah Malam Ini

Sofea
Kredit: ImageFX

Hujan Lebat, Ribut Petir Di 6 Negeri & 1 Wilayah Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di enam negeri dan satu Wilayah Persekutuan hingga jam 11 malam ini.

Menerusi kenyataan di Facebook, MetMalaysia memaklumkan hujan lebat dijangka melanda seluruh Wilayah Persekutuan Labuan.

Di negeri Perak, cuaca buruk akan melanda daerah Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar.

Seterusnya, ia juga melibatkan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan. Manakala, di Terengganu pula, daerah yang terlibat ialah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

Selain itu, daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Jerantut di Pahang juga turut terlibat.

Beralih ke Borneo, cuaca buruk akan melanda Kuching, Serian, Samarahan dan Limbang (Lawas) di Sarawak.

Di Sabah, ia melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau) dan Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia.

Sumber: Malaysian Meteorological Department