Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hujan Renyai Temani Suasana Di Perkarangan Kubur Zara Qairina

Iqbal Yasir
suasana kubur zara qairina
Gambar: TikTok

Hujan Renyai Temani Suasana Di Perkarangan Kubur Zara Qairina

Suasana hujan menemani proses penggalian semula kubur Zara Qairina Mahathir di perkarangan perkuburan Tanjung Ubi, Kampung Mesapol Lama, Sipitang.

Menerusi perkongsian TikTok Live, memaparkan lokasi berkenaan dikawal ketat oleh pihak berkuasa dengan garisan polis diletakkan di sekitar kawasan berkenaan.

Sementara itu, turut kelihatan beberapa pengamal media turut membuat liputan di perkarangan perkuburan.

Setakat artikel ini ditulis, proses penggalian semula kubur allahyarham masih belum dilakukan dan dijangka dilakukan pada petang ini.

Semalam, ribuan orang awam turun berhimpun sebagai tanda solidariti terhadap Allahyarham Zara Qairina Mahathir di Sandakan, Sabah.

Perhimpunan berkenaan dilakukan sejak awal malam semalam, dengan sebahagiannya telah turun lebih awal ke lokasi berkenaan.

Terdahulu, Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Julai lepas.

Pelajar itu dibawa ke hospital terbabit selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 4 pagi, 16 Julai

Sumber: TikTok