Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
sengaja batalkan puasa
Gambar: Islam Itu Indah via Google

Hukum Sengaja Batalkan Puasa Ganti Ramadan, Berdosa Atau Tidak?

Iqbal Yasir

Walaupun diberikan waktu yang panjang untuk menggantikan semula puasa, namun ianya bukan satu tiket untuk kita sengaja batalkan puasa ganti Ramadan yang telah ditinggalkan.

Bagi mereka yang telah meninggalkan puasa semasa bulan Ramadan, wajib bagi mereka untuk menggantikan semula puasa itu. Disebabkan waktu yang lama, ada sebahagiannya disyaki sengaja membatalkan puasa ganti untuk menikmati makanan.

Tambahan pula, melihat persekitaran yang sedang berselera menyantap hidangan makanan pasti membuatkan nafsu kita sukar dikawal sehingga memilih untuk berbuka dan berpuasa semula pada keesokannya.

Perkara ini memberikan tanda tanya sama ada ia diperbolehkan atau tidak kerana bagi umat Islam, mereka mempunyai waktu untuk menggantikan semula puasa yang ditinggalkan sebelum menyambut Ramadan akan datang.

Sehubungan itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan menjawab persoalan yang timbul di fikiran anda.

Apakah hukum membatalkan puasa ganti Ramadan?

sengaja batalkan puasa
Gambar: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Soalan

Assalamualaikum, saya ada satu persoalan berkenaan dengan puasa ganti yang saya tinggalkan pada bulan Ramadan. Waktu saya ganti puasa tersebut, rakan saya menjemput saya untuk makan persoalannya, adakah boleh saya membatalkan puasa saya untuk memenuhi jemputan rakan saya itu. Sekian terima kasih.

Ringkasan Jawapan

Puasa ganti Ramadan adalah fardhu ain dan wajib ditunaikan. Oleh itu, tidak boleh memutuskannya atau membatalkan secara sengaja malah berdosa besar sekiranya melakukannya. Di samping itu, wajib menyelesaikannya sehingga sempurna melainkan dalam keadaan uzur yang disyariatkan seperti sakit, haid, atau bermusafir.

Huraian Jawapan

Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Puasa Ramadan merupakan puasa yang wajib dikerjakan apabila tiba pada waktu yang ditetapkan. Ia telah ditetapkan oleh syarak ke atas setiap umat Islam sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

(Surah al-Baqarah, 183)

Namun, sekiranya seseorang itu tidak mampu untuk berpuasa atas sebab keuzuran seperti sakit, musafir, haid dan sebagainya maka wajib ke atasnya untuk menggantikan semula pada hari yang lain. Firman Allah SWT:

فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ

Maksudnya: Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain

(Surah al-Baqarah, 184)

Berbalik kepada persoalan yang diajukan, hukum menggantikan puasa yang ditinggalkan pada bulan Ramadan adalah wajib. Oleh itu, tidak boleh untuk membatalkannya dengan sengaja tanpa uzur yang disyariatkan oleh syarak. Ini seperti hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Hani’ RA, katanya:

يَا رَسُولَ اللَّهِ، لَقَدْ أَفْطَرْتُ، وَكُنْتُ صَائِمَةً، فَقَالَ لَهَا: «أَكُنْتِ تَقْضِينَ شَيْئًا؟»، قَالَتْ: لَا، قَالَ: «فَلَا يَضُرُّكِ إِنْ كَانَ تَطَوُّعًا»

Maksudnya: Wahai Rasullullah, sesungguhnya aku telah berbuka sedangkan aku berpuasa”. Maka Rasulullah SAW berkata kepadanya: “Adakah kamu sedang mengqadhakan sesuatu (puasa)”. Beliau berkata: “Tidak”. Sabda Rasulullah SAW: “Maka tidak memudaratkan kamu (tidak berdosa) sekiranya ia puasa sunat

Rwayat Abu Daud (2456)

Dalam hadis ini Rasulullah meminta penjelasan dari Ummu Hani’ samada beliau berpuasa qadha tertentu dan setelah dijelaskan ianya adalah berpuasa sunat maka Rasulullah SAW menjawab bahawa tidak berdosa untuk sengaja berbuka bagi puasa sunat. Ini bererti jika puasa qadha maka adalah tidak dibenarkan untuk berbuka dengan sengaja .

Imam Taqiyuddin al-Hisni menyebut di dalam karyanya kifayah al-Akhyar:

وَمن شرع فِي صَوْم الْقَضَاء فَإِن كَانَ على الْفَوْر لم يجز الْخُرُوج مِنْهُ وَإِن كَانَ على التَّرَاخِي فَالصَّحِيح وَنَصّ الشَّافِعِي فِي الْأُم أَنه لَا يجوز لِأَنَّهُ تلبس بِفَرْض وَلَا عذر فَلَزِمَهُ إِتْمَامه كَمَا لَو شرع فِي الصَّلَاة فِي أول الْوَقْت لَا يجوز لَهُ قطعهَا

Maksudnya: Sesiapa yang mengerjakan puasa ganti, sekiranya puasa yang perlu digantikan segera (seperti puasa yang sengaja dibatalkan tanpa uzur) begitu juga, sekiranya puasa boleh dilewatkan ganti (puasa yang batal kerana uzur tertentu seperti musafir dan sakit), menurut pandangan yang sahih dan nas daripada Imam al-Syafi’e di dalam al-Umm bahawa tidak boleh membatalkannya kerana telah melakukan perkara yang wajib dan tidak ada keuzuran. Oleh itu, dia wajib menyempurnakannya sepertimana seseorang yang menunaikan solat pada awal waktu maka tidak boleh membatalkannya.

(Rujuk Kifayah al-Akhyar, 1/207)

Puasa ganti Ramadan merupakan fardu ain yang diwajibkan ke atas mereka yang meninggalkannya. Oleh itu memutuskannya atau membatalkannya dengan sengaja adalah haram bahkan ia menyebabkan dosa yang besar. Syeikh Jamal menyebut di dalam hasyiahnya bahawa:

(قَوْلُهُ: وَحَرُمَ قَطْعُ فَرْضٍ عَيْنِيٍّ) وَهُوَ مِنْ الْكَبَائِرِ كَمَا ذَكَرَهُ أَئِمَّةُ الْأُصُولِ

Maksudnya: (Menurut Imam Zakarian al-Ansari: haram membatalkan fardhu ain) sebahagian dari dosa besar sepertimana yang disebut oleh para ulama usul fiqh.

(Rujuk, Hasyiah Jamal ala Syarh al-Minhaj, 2/353)

Berbalik kepada persoalan yang diajukan serta penjelasan yang diberikan dapat disimpulkan bahawa puasa ganti Ramadan adalah fardu ain dan wajib ditteruskan. Oleh itu, tidak boleh memutuskannya atau membatalkan secara sengaja malah berdosa besar. Di samping itu, wajib menyelesaikannya sehingga sempurna melainkan dalam keadaan uzur yang disyariatkan seperti sakit, haid, atau bermusafir.

Wallahu’alam

sengaja batalkan puasa
Gambar: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan