Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ibu Bapa Ambil Maklum, Ini Kalendar Akademik & Cuti Sekolah 2027 Yang Diumumkan KPM

Kalendar Akademik & Cuti Sekolah 2027

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa Kalendar Akademik Tahun 2027 akan bermula pada 4 Januari 2027 bagi Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kementerian itu.

Kalendar Akademik & Cuti Sekolah 2027

Menerusi satu surat siaran yang dikongsikan di Facebook, KPM berkata kalendar akademik bagi sekolah di negeri Kumpulan A, iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu, akan berlangsung dari 4 Januari hingga 2 Disember 2027.

Manakala, sekolah di negeri Kumpulan B melibatkan Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Labuan dan WP Putrajaya pula akan berlangsung dari 4 Januari hingga 3 Disember 2027.

KPM turut memaklumkan bahawa pihaknya telah menyelaras tarikh cuti perayaan sepanjang sesi persekolahan tahun 2027.

Ia melibatkan sambutan Hari Raya Puasa, Tahun Baharu Cina, Hari Deepavali, Hari Raya Korban, Pesta Kaamatan, Hari Gawai Dayak, Hari Wesak dan Hari Krismas.

“Semua sekolah hendaklah mematuhi peruntukan cuti tambahan oleh KPM sempena perayaan utama bagi sambutan Hari Raya Puasa, Tahun Baharu Cina, Hari Raya Korban, Hari Wesak dan Hari Deepavali.

“Peruntukan cuti tambahan berkenaan tidak perlu diganti,” kata Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia merangkap Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad.

Dalam pada itu, KPM turut menetapkan sesi persekolahan tahun 2028 akan bermula pada 3 Januari 2028 bagi kedua-dua Kumpulan A dan Kumpulan B.

“Langkah penyeragaman ini bertujuan memastikan keselarasan pembukaan sesi persekolahan tahun 2028 di seluruh negara dan memudahkan perancangan pentadbiran sekolah serta pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih teratur dan efektif.

“Surat siaran ini berkuat kuasa serta-merta mulai hari pertama persekolahan Kalendar Akademik Tahun 2027,” katanya.

Intipati
  • Kalendar Akademik Tahun 2027 bermula 4 Januari bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.
  • Sekolah Kumpulan A tamat pada 2 Disember, manakala Kumpulan B pada 3 Disember 2027.
  • KPM menetapkan cuti tambahan perayaan utama tidak perlu diganti oleh semua sekolah.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan