Kehadiran cahaya mata pasti membahagiakan setiap pasangan yang sudah berumah tangga terutamanya bagi cahaya mata sulung ataupun setelah lama mereka menanti kehadiran si anak. Para ibu pasti akan berusaha mendapatkan info-info berguna untuk pertumbuhan dan tumbesaran si manja terutamanya dari segi pemakanan.
Pemberian makanan kepada si manja perlu mencukupi, selamat dan sesuai untuk dimakan terutamanya setelah mereka mencecah usia 6 hingga 8 bulan. Pada usia ini mereka sudah boleh diperkenalkan dengan makanan pelengkap sementara penyusuan susu ibu diteruskan sehingga si manja berusia 2 tahun.
Jadi, Nutrionist Kementerian Kesihatan Malaysia telah berkongsi mengenai ciri-ciri makanan pelengkap yang sihat dan seimbang kepada si manja dalam halaman Facebook mereka, Nutrionistkkm.
Antaranya ialah:
Tekstur makanan dikisar, dipuri, dilecek atau separuh pejal.
Makanan perlu halus dan cukup PEKAT.
Seimbang – karbohidrat, protein dan sayuran.
Tiada garam, gula dan perisa tambahan.
Sumber: NutrionistKKM