Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Ibu Dedah Saranan Pakar Mata Selepas Perasan Anak Buat Gaya Pelik Bila Nak Fokus

Azizah Najib
pakar dedah sebab anak
Kredit: Nurida Mocha

Ibu Dedah Saranan Pakar Mata Selepas Perasan Anak Buat Gaya Pelik Bila Nak Fokus

Biarpun sudah bertahun mempunyai pengalaman membesarkan anak-anak, sudah pasti ada sahaja perkara yang membuatkan ibu bapa buntu.

Perubahan kelakuan, sikap, malah selera anak sudah cukup untuk membuatkan ibu bapa runsing seharian.

Bagi ibu bapa yang pertama kali menghadapi sesuatu perubahan, langkah pertama dalam mengenal pasti perubahan anak sudah tentu dengan membuat pemerhatian berterusan, disertai pencarian jawapan secara rasional.

Disebabkan itu, kehadiran pakar diperlukan dalam menangani dan memberi kefahaman kepada ibu bapa berkenaan perubahan diri anak-anak.

Langkah ini penting dalam memastikan anak dapat meneruskan kehidupan dengan baik walaupun ketika kita sudah tiada.

Saban hari, kita membaca pelbagai luahan hati para ibu bapa mempelajari sesuatu yang baru dalam dunia membesarkan anak-anak. Bagi yang dapat mengetahui punca perubahan di peringkat awal, ia sememangnya rezeki yang tidak dapat diganti.

Itulah yang dialami oleh salah seorang pengguna TikTok, Nurida Mocha. Dia berkongsi semula detik-detik ketika mengetahui keadaan anak perempuannya, Sansa, yang mengalami masalah mata dua tahun lalu.

Menurut wanita tersebut, perubahan ketara anaknya ketika fokus terhadap sesuatu perkara

“Hari ini, 30 April 2023. Kami selalu perasan Sansa selalu buat macam ni kalau nak tumpukan perhatian. Lama-lama makin menjadi-jadi pula,” kongsi wanita berkenaan.

Berikutan itu, wanita berkenaan membuat keputusan untuk membawa anaknya berjumpa pakar mata. Siapa sangka, keputusan tepat yang diambil si ibu sebenarnya dapat mengelakkan daripada keadaan buah hatinya menjadi lebih parah.

“Lepas berjumpa dengan doktor, Sansa kena pakai cermin mata. Sebab jika tidak dirawat, Sansa mungkin akan dapat mata juling atau mata malas,” jelasnya lanjut.

Menjengah ke ruangan komen, ramai antara warga maya yang berkongsi kisah berkenaan ‘mata malas’ yang dialami mereka.

“Saya dah dapat mata malas tu. Dia kurang refleks berbanding lagi sebelah,” kongsi seorang wanita.

“Saya dapat double vision. Sekarang kalau tengok tv, dah tua-tua pun akan secara sendirinya (pandang) menyenget. Pakai kaca mata tak lekat la pula,” kongsi seorang lagi.

“Murid saya begini. Saya ingatkan dia tak puas hati dengan saya. Rupanya dia tengah tumpu tengok apa saya tulis di papan putih. Kesian dia, dah 18 tahun budaknya,” kata seorang lagi warga maya.

Sumber: Nurida Mocha

BACA: Menabung Tak Perlu Pergi Kaunter, Ini Cara Daftar Akaun THiJARI

BACA: Pelajar Kuat Main Mobile Legends Di Indonesia Bakal Dihantar Ke Kem Tentera