Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ibu, Dua Anak Perempuan Ditemukan Meninggal Dunia Dalam Rumah

IPOH
Logo PDRM

Ibu, Dua Anak Perempuan Ditemukan Meninggal Dunia Dalam Rumah

Seorang wanita bersama dua anak perempuannya ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Bandar Baru Tambun, Ipoh, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira 9.10 malam sebelum sepasukan pegawai dan anggota polis dikejarkan ke lokasi.

Menurut beliau, sebaik tiba di rumah berkenaan, pihak polis menemukan tiga mangsa iaitu seorang wanita berusia 46 tahun serta dua anak perempuannya yang masing-masing berusia 11 dan 12 tahun dalam keadaan tidak bernyawa di sebuah bilik.

"Pemeriksaan di bilik berkenaan menemui satu bekas yang dipercayai mengandungi sisa arang yang telah dibakar.

"Pemeriksaan awal ke atas ketiga-tiga mangsa oleh pasukan forensik turut mendapati tiada sebarang kecederaan atau unsur jenayah pada tubuh mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat ketiga-tiga mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Intipati
  • Seorang wanita dan dua anak perempuannya ditemukan meninggal dunia di Bandar Baru Tambun.
  • Polis menemui ketiga-tiga mangsa tidak bernyawa dalam sebuah bilik rumah berkenaan.
  • Mayat mangsa dihantar ke HRPB untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan