Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pernah tak korang tetiba rasa serma sejuk? Tambah-tambah lagi bila baru pindah rumah. Yelah, kita tak tahu berapa lama rumah tu ditinggalkan sebelum kita masuk, mesti ‘ada’ yang cuba mengusik kan.
Seperti pengalaman misteri seorang ibu yang dikenali sebagai Farhanny Ami Murad bercerita di dalam Group Anak Sepah Apa Hari Ini berkaitan kereta mainan anaknya berbunyi di tengah malam. Mungkin bagi sesetengah orang beranggapan ianya hanya perkara biasa tetapi kejadian ini sudah beberapa kali berlaku di rumah wanita ini.
Tambah wanita ini semasa dihubungi, mereka sekeluarga baru sahaja berpindah rumah dan tidak menyangka perkara-perkara misteri ini akan terjadi tetapi dia dan suaminya buat seperti biasa dan berfikiran positif.
Benda alah ni dah lama tak elok sebenarnya, jenis tekan keluar lagu tu. Malam tadi anak yang kecik ni duk lepas geram tekan banyak kali tapi tak bunyi dah dia pun tinggal je lah merata-rata…
Kisah nya pukul 4 pagi mak nak pergi tandas, elok je bukak pintu bilik benda alah ni elok berlagu dah lah tu dia park betul-betul depan pintu. Buat tak tau cecepat pergi tandas, nak masuk bilik tu ketuk kuat-kuat terus diam.

Hmm ..duk sedapkan hati, dia mereng dah ni tu yang tetiba berbunyi kot, sebab si adik dah tekan-tekan malam tadi tapi kenapalah mesti time bukak pintu dia berbunyi? Allah.
“Bateri pun memang lama dah tak elok. Tak taulah haritu je dia nak berbunyi, maybe sebab anak ada ketuk-ketuk dia tu yang berbunyi semula,” katanya lagi.
Kata ibu kepada dua orang anak ini, kejadian tersebut bukanlah kali pertama berlaku kerana sebelum ini juga ada beberapa kejadian pelik termasuklah berkaitan kereta mainan ini.
Itu kejadian kedua sebenarnya, yang 1st kereta tu bergerak sendiri dekat dapur. Saya tengah mandi, time maghrib dengar kereta tu bergerak perlahan-lahan.
Saya ingat anak kecik ni yang main, panggil tak nyahut. Bila tanya si kakak memang tak ada si adik pergi dapur. Elok je dia orang berdua main dalam bilik.
Bagaimanapun, rata-rata para ibu yang lain turut kongsikan pengalaman seram mereka berpunca daripada mainan anak-anak di rumah.




