Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ibu Tenggiling Bernama Corona Selamat Lahirkan Anak Jantan, Diberi Nama ‘Rahmat’

Kredit: Jabatan PERHILITAN

PERAK – Seekor tenggiling betina yang bernama Corona telah selamat melahirkan seekor anak tenggiling jantan pada 20 Disember 2021 di PKHL Sungkai, Perak.

Menurut Jabatan PERHILITAN, anak tenggiling itu telah diberikan nama Rahmat dan sangat aktif selepas dilahirkan.

Untuk makluman orang ramai, Rahmat merupakan anak ketiga yang dilahirkan sepanjang tahun 2021 di PKHL Sungkai, Perak. Pemantauan berterusan akan dijalankan bagi memastikan anak tersebut selamat dan sihat.

Twitter: Jabatan PERHILITAN
Twitter: Jabatan PERHILITAN
Twitter: Jabatan PERHILITAN

Hal ini turut mendapat perhatian warganet di Twitter.

Sumber: Jabatan PERHILITAN