Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

iCAUR Malaysia mencatat satu pencapaian penting apabila muncul sebagai salah satu daripada tiga jenama kenderaan elektrik (EV) teratas di Malaysia, dengan lebih 3,000 unit berdaftar di jalan raya seluruh negara dalam tempoh kurang setahun sejak pelancarannya di pasaran tempatan. Pencapaian ini diperkukuh lagi dengan pengiktirafan V23 sebagai EV bukan nasional paling popular pada Mei 2026.
Pencapaian ini mencerminkan penerimaan positif rakyat Malaysia terhadap reka bentuk Boxy Retro Classic iCAUR yang tersendiri, seperti yang ditampilkan pada model iCAUR 03 dan V23. Menggabungkan gaya lasak bernostalgia dengan teknologi elektrik moden, iCAUR ternyata dekat dengan pemandu yang mahukan EV yang lebih ekspresif, berkeupayaan dan selari dengan semangat Born to Play jenama ini.

Seiring dengan kepercayaan dan sokongan berterusan yang diberikan oleh pemilik iCAUR di Malaysia, iCAUR Malaysia menaik taraf perlindungan jaminan bagi semua unit yang didaftarkan pada tahun 2026. Perlindungan yang dipertingkatkan ini merangkumi jaminan selama 10 tahun/ 200,000 KM untuk bateri kuasa, unit pacuan dan komponen voltan tinggi, di samping jaminan kenderaan selama tujuh tahun. Perlindungan jaminan komprehensif sedia ada juga kekal digunakan.
Perlindungan tambahan ini direka untuk memberi lebih ketenangan kepada pemilik EV dari semasa ke semasa, khususnya dari segi ketahanan bateri, kebolehpercayaan sistem pacuan dan kos komponen voltan tinggi yang penting. Dengan meluaskan perlindungan terhadap sistem utama dalam pemilikan EV, iCAUR membantu menjadikan peralihan kepada mobiliti elektrik lebih meyakinkan, praktikal dan berbaloi.

“Penerimaan rakyat Malaysia terhadap iCAUR jelas menunjukkan bahawa pemandu hari ini mahukan EV yang berkarakter, berkeupayaan serta memberi keyakinan,” kata Encik Francis Chin, Pengarah Kanan iCAUR Malaysia.
“Mereka menerima baik reka bentuk unik, teknologi, dan visi kami terhadap mobiliti elektrik. Kepercayaan ini mendorong kami untuk terus melabur dalam perjalanan pemilikan pelanggan, daripada perlindungan jaminan yang lebih menyeluruh kepada rangkaian nasional yang semakin meluas serta rakan pengedar yang dipercayai untuk menyokong pelanggan kami bagi jangka masa panjang,” katanya.

iCAUR turut memperluas kehadirannya di Malaysia menerusi kerjasama strategik dengan rakan pengedar. Pada 15 Mei 2026, iCAUR membuka bilik pameran butik pertamanya di Pavilion Bukit Jalil yang dikendalikan oleh Rover Drive Sdn Bhd, sekaligus memperkenalkan barisan EV jenama ini dalam persekitaran peruncitan premium.
Pada 20 Mei 2026 pula, iCAUR melancarkan bilik pameran lengkap ke-15 di Seremban yang dikendalikan oleh NexV Synergy Sdn Bhd. Pembukaan ini meningkatkan akses di luar Lembah Klang, sekali gus memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk mengenali dan mengalami jenama iCAUR secara langsung.

Pada masa ini, iCAUR mempunyai 21 pusat jualan yang sedang beroperasi di seluruh Malaysia dan berada di landasan untuk meningkatkan jumlahnya kepada 30 menjelang akhir 2026. Usaha ini turut disokong dengan pembukaan lebih banyak pusat servis berkapasiti tinggi di seluruh negara, bagi memastikan pemilik iCAUR terus mendapat sokongan selepas jualan yang mudah diakses dan boleh dipercayai.
Pemilik iCAUR berdaftar yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perlindungan jaminan ini digalakkan untuk mengunjungi pengedar sah iCAUR terdekat bagi mendapatkan maklumat dan penjelasan yang lebih terperinci.