Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Berikutan pelancaran jenama yang serba menarik dan disusuli pratonton model iCAUR 03, iCAUR Malaysia kini mencapai satu lagi mercu jaya dalam perjalanannya di sini dengan pembukaan rasmi Hab Komponen iCAUR. Kemudahan gudang berpusat ini menyokong operasi lepas jualan dan memperkukuh kesediaan rangkaian bagi jenama SUV kegunaan lasak elektrik sepenuhnya yang baharu di Malaysia.
Hab komponen seluas 88,000 kaki persegi yang terletak di Taman Perindustrian Hicom Shah Alam ini diuruskan oleh Chery Corporate Malaysia dan dikongsi bersama oleh OMODA | JAECOO Malaysia. Dengan mengutamakan tahap kesediaan, iCAUR Malaysia terus membina keupayaan rantaian bekalan dan inventori alat ganti sejak kemudahan tersebut memulakan operasi pada bulan Mac 2025—sebagai persediaan ke arah pelancaran iCAUR 03, yang dijadualkan pada Suku ke-3 2025.
Naib Presiden iCAUR Malaysia, Emily Lek, menerangkan, “Gudang Chery Corporate Malaysia yang terletak di kawasan berpusat memainkan peranan penting untuk menyokong rangkaian pengedar iCAUR yang semakin luas. Is akan merangkumi tidak kurang daripada 16 rakan pengedar tidak lama lagi dengan pengembangan selanjutnya dirancang pada tahun 2026.”
“Falsafah ‘Born to Play’ (Sedia Mengembara) iCAUR bermaksud kami bersedia sejak mula lagi. Dengan membina portfolio alat ganti dan komponen secara beransur-ansur—disokong oleh pemain automotif bertaraf dunia dengan rantaian bekalan global yang kukuh—iCAUR Malaysia bersedia untuk melangkah maju seiring rangkaian kami sambil mengukuhkan piawaian perkhidmatan lepas jualan yang diharapkan oleh para pelanggan kami yang arif,” tambah beliau.
Bagi mengukuhkan tahap inventori, Hab Komponen iCAUR menempatkan lebih 10,000 alat ganti dan komponen terpilih, sekali gus membuktikan kesediaan jenama ini menyediakan sokongan lepas jualan yang cekap sebelum pelancaran iCAUR 03 di Malaysia.
Tambahan lagi, kemudahan tersebut bersedia untuk menyokong perkhidmatan lepas jualan serantau sementara Chery International berusaha mengukuhkan kedudukannya di Malaysia sebagai hab pusat bagi model Pemanduan Sebelah Kanan (RHD) di rantau ASEAN. Kemudahan ini juga sejajar dengan matlamat pengangkutan negara kita di bawah Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020—yang mendorong kemajuan teknologi kenderaan generasi akan datang (NxGV) dan mempelopori inovasi dalam ekosistem automotif.
iCAUR Malaysia Kembali ke Desa ParkCity dengan acara Panduan Berhalangan iCAUR iXPERIENCE — Menampilkan iCAUR 03 2WD
Untuk memberi peluang kepada orang ramai mendekati model iCAUR 03, acara Panduan Berhalangan iCAUR iXPERIENCE kini kembali ke Plaza Arkadia, Desa ParkCity dari 21 hingga 24 Ogos 2025—menawarkan peluang pandu uji awam pertama iCAUR 03 versi Pacuan Dua Roda (2WD).
Direka cipta untuk kecekapan dan pemanduan dinamik, iCAUR 03 2WD dipacu oleh motor 135kW dan bateri 65.7kWh, menawarkan jarak perjalanan (NEDC) sehingga 426km. Para pengunjung juga boleh mencuba varian dwimotor Pacuan Roda Pintar (iWD) terulung yang penuh bertenaga, dengan kuasa 279PS dan jarak perjalanan 418km.
Diadakan sempena Karnival OMODA | JAECOO SHS, acara iCAUR iXPERIENCE akan dimeriahkan lagi dengan pameran iCAUR ‘Toy Box’ yang menarik perhatian dan pelbagai aktiviti interaktif. Pengunjung dijemput untuk turut serta dalam cabaran “Teka Harga” untuk memenangi cenderahati eksklusif iCAUR dan menebus hadiah dan baucar ‘Born to Play’ di lokasi.
iCAUR 03 dijangka dijual pada harga antara RM145,000 dan RM155,000. Pelanggan yang ingin merasai gabungan unik pengalaman kembara elektrik iCAUR boleh membuat tempahan dengan bayaran RM1,000 yang akan dikembalikan sepenuhnya.
Sebagai ganjaran kepada pembeli awal, iCAUR Malaysia menghadiahkan model skala iCAUR 03 edisi terhad (bernilai RM1,388) untuk 30 pelanggan pertama yang membuat tempahan rasmi di acara tersebut.
Aktiviti Panduan Berhalangan iCAUR iXPERIENCE akan diadakan di Plaza Arkadia, Desa ParkCity (Car Park 3), setiap hari dari jam 10.00PG hingga 10.00MLM, dengan sesi pandu uji berlangsung dari jam 10.00PG hingga 7.00MLM. Para pelanggan boleh membuat janji temu di dalam talian; pendaftaran di lokasi juga dialu-alukan berpandukan prinsip ‘siapa cepat, dia dapat’.